Dulu masa tinggal asrama, saya biasa ikut bersahur dengan rakan-rakan muslim saya. Jadi kalau sudah ikut makan dengan kawan muslim, saya tidak perlu lagi ke dewan makan untuk makan tengahari. Nah, lepas balik dari sekolah, bolehlah berehat dalam bilik lebih lama masa pelajar non muslim makan tengahari. Kalau dulu-dulu inilah masa paling best tau sebab boleh rehat banyak sikit. 😂 Taulah kalau tinggal asrama ni ada peraturan yang wajib kita ikut. Bukan ikut jadual kita sendiri. Ada masa makan, masa belajar terarah, masa riadah dan masa untuk tidur. Bukan ikut suka hati.
Seawal jam 4 pagi iaitu selepas cuci muka dan berus gigi, kami boleh mula ke dewan makan untuk bersahur. Makanan di asrama dulu-dulu tidaklah macam makan di asrama zaman ini. Saya tengok makanan di asrama SMK Batu Sapi sedap-sedap menunya tapi zaman dulu masa saya bersekolah dapat makan dan ada pengalas perut tu memang amat bersyukur tau walau pun mungkin tidak sesedap makan di rumah sendiri.
Kalau mau berpuasa tapi tidak makan awal pagi, nanti perut lapar, badan pun tiada tenaga, diri sendiri yang akan susah. Nanti dalam kelas tidak fokus cikgu mengajar. Sebab itu pelajar muslim memang kena suruh bangun awal pagi untuk makan sahur. Antara menu masa tu yang saya ingat, ikan goreng, sayur sawi dan buah tembikai atau pisang. Sebelum makan, kawan-kawan saya akan baca doa dan saya juga tau bahawa mereka semasa bulan Ramadhan akan baca doa niat puasa sebulan atau pun baca doa niat puasa itu setiap hari. Lebih kurang begitulah yang saya tau.
Lepas makan kami balik ke bilik masing-masing dan bersedia pula untuk mandi. Mandi awal supaya tidak berebut dengan pelajar asrama yang lain dan paling penting supaya air dalam baldi tidak kena curi. Hahaha..jadi best kalu bangun awal, makan sahur dan mandi tapi kadang-kadang kalau masa darurat air lebih baik mandi dulu baru ke dewan untuk makan kalu tidak baldi tinggal kosong atau separuh. Kenangan belajar di SMK Pamol, Beluran ni tidak akan dilupakan. Banyak kenangan pahit dan manis di sini.
Bagi rakan-rakan yang akan berpuasa nanti, selamat berpuasa.
Pengedar Aktif Shaklee Sandakan
Jemput singgah ke medsos saya yang lain.
Fb page: fbpage.jomsihatcantik
Tiktok: tiktok.missdettis
------------------------------------------------------#shakleethrive2023
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleesandakan
#shakleesabah
COD Shaklee Bandar Maju, COD Bandar Indah, COD Shaklee Bandar Kim Fung, COD Shaklee Bandar Prima, COD Shaklee IJM, COD Shaklee Bandar Labuk, Shaklee Sandakan, COD Shaklee Taman Sejati Ujana, Pengedar Shaklee Sabah, Pengedar Shaklee Sarawak, Pengedar Shaklee seluruh Malaysia , Pengedar Shaklee Sandakan, Pengedar Shaklee Beluran, Pengedar Shaklee Telupid, Pengedar Shaklee Ranau, Pengedar Shaklee Tenom, Pengedar Shaklee Lahad Datu, Pengedar Shaklee Tawau, Pengedar Shaklee Kuching.
Kesihatan Itu Kekayaan
Agen Shaklee Anda
*Dettis Muslin*
dettismuslin.blogspot.com
------------------------------------------------------
------------------------------------------------------
8 comments:
Wah..pastinya ni pengalaman yang tidak dapat dilupakan.. apa pun sahur dengan kawan di hostel memang happy
Bestnya pengalaman sahur dengan kawan-kawan antara kenangan paling manis masa zaman sekolah kan cikgu dettis
siuk tu kannn kenangan btul tu
Best kan. Kenangan dulu² ni
Iya best ni diingat. Sekarang pun kadang² tidur rumah kawan masa bulan Ramadhan kami akan sahur sama²
Iya ba siuk. Tidak boleh diulang semula tu
Wahh, bestnya baca pengalaman sahur sis.. walaupun dah 30 tahun berlalu masih kekal di ingatan.. 🤩🤩
bestnye pengalaman
Post a Comment