1. Genetik
Genetik adalah antara punca utama kulit berminyak. Perkara ini tidak dapat dielakkan jika anda mewarisi genetik daripada ibu bapa anda. Jika ibu atau bapa anda mempunyai masalah kulit berminyak maka anda boleh mewarisi masalah kulit berminyak. Namun seperti yang sudah saya nyatakan, masalah ini masih boleh dirawat. Jadi jangan terlalu risau lebih awal.
2. Usia
Penghasilan sebum akan meningkat semasa usia remaja atau akil baligh. Ini dipengaruhi oleh satu hormon yang dipanggil hormon androgen. Namun semakin usia anda meningkat, hormon androgen ini akan berkurang dan secara tidak langsung mengurangkan penghasilan minyak daripada kelenjar minyak. Maka dengan itu, penjagaan kulit pada usia remaja sangatlah penting.
3. Cuaca
Cuaca juga mempengaruhi penghasilan sebum pada kulit kita. Dengan keadaan negara kita yang mempunyai cuaca panas dan lembap sepanjang tahun, ini boleh menyebabkan peningkatan penghasilan sebum.
4. Hormon yang tidak stabil
Ketidakstabilan hormon adalah antara punca utama kulit berminyak dan akhirnya menyebabkan pertumbuhan jerawat. Peningkatan hormon androgen bagi ibu hamil atau wanita yang menghidapi PCOS (polycystic ovarian syndrome) boleh mengalami masalah kulit berminyak. Sebab itu kadang kala anda dapat melihat ibu-ibu hamil mengalami perubahan kulit wajah. Paras hormon sewaktu haid juga boleh menyebabkan peningkatan sebum, sebab itulah ramai wanita yang mengalami masalah jerawat apabila datang haid. Ini kerana pada masa haid, paras hormon estrogen dan progesteron menurun mendadak menyebabkan meningkatnya penghasilan sebum.
5. Stress
Stress juga boleh menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak sebum. Ini kerana apabila stress, badan anda akan menghasilkan satu hormon yang dipanggil hormon cortisol. Inilah yang menyebabkan kulit anda berminyak dan lebih cenderung untuk tumbuh jerawat. Oleh itu, mengawal emosi dan mengurus tekanan dengan baik adalah salah satu cara mengelakkan masalah kulit.
6. Mencuci muka secara kasar
Sebelum ini saya mencuci muka agak kasar dengan menggunakan kain atau span. Tujuan sebenar saya adalah untuk membuang jerawat-jerawat pasir di wajah dan juga untuk menghilangkan minyak di wajah. Namun, perlu anda tahu bahawa tindakan seperti ini sebenarnya menyebabkan kulit wajah anda akan kehilangan kelembapan. Apabila kulit muka hilang kelembapan, kalenjar minyak di wajah anda akan lebih aktif menghasilkan minyak. Jadi selepas ini, NO untuk mencuci muka dengan kasar lagi. Belailah kulit wajah anda dengan lebih lembut.
7. Diet pemakanan yang tidak sihat
Pemilihan makanan yang tidak sihat juga merupakan punca meningkatnya penghasilan minyak pada kulit. Sila kurangkan pengambilan gula, karbohidrat, makanan segera, serta makanan yang berminyak untuk menjaga kesihatan kulit anda.
Cara Mengatasi Kulit Berminyak
1. Cuci muka
Cuci muka dua kali sehari. Lepas basuh muka keringkan dengan cara tekapkan tuala ke wajah anda. Jangan terlalu kasar kerana ini mungkin menyebabkan kulit wajah hilang kelembapan. Gunakan pencuci muka yang sesuai.
Solusi: Gunakan YOUTH™ Luminous Gel Oil Cleanser
2. Toner
Penggunaan toner adalah antara perkara penting yang perlu dilakukan selepas anda mencuci muka. Toner berfungsi untuk meneutralkan semula pH kulit. Kulit kita memerlukan PH antara 4.7 - 5.75.
Solusi: Gunakan YOUTH™ Perfecting Skin Toner
3. Gunakan Serum
Serum juga boleh membantu mengatasi masalah kulit berminyak dengan mengecilkan pori dan mengurangkan lebihan minyak pada muka. Antara bahan baik biasanya terkandung dalam serum adalah asid hyaluronic, asid salicylic, asid alpha hydroxy (AHA) atau vitamin C. Kandungan asid hyaluronic di dalam serum bagus untuk melembabkan kulit tanpa menyebabkan kulit berminyak.
Solusi: Gunakan YOUTH™ Activating Serum
4. Guna Moisturizer
Pelembap muka adalah antara perkara yang sangat penting dalam mengatasi kulit berminyak. Ramai juga yang beranggapan bahawa muka akan lebih berminyak jika menggunakan pelembap muka.
Solusi: Gunakan YOUTH™ Age Defense Moisturizer - SPF 50
5. Pakai Clay Mask
Clay mask berfungsi untuk menyerap minyak yang berlebihan daripada kulit. Jadi jika anda mempunyai kulit berminyak, sila pakai clay mask sekurang-kurang 2x seminggu dan tidak melebihi 15 minit.
Solusi: Gunakan YOUTH™ Purifying Clay Mask
Nota: Bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering, gunakan YOUTH™ Hydrating Gel Mask
6. Collagen Plus Powder
Jujur saya katakan di sini, Collagen Plus Powder tu saya akan consume selagi stok collagen yang saya beli semasa harga promosi masih ada. Sayangnya, saya terlepas beli harga promosi Collagen bulan April. Laju keras orang membeli. Kurang 2 jam sudah licin. Apa tidaknya buy 1 free 1 tu. Siapa tidak mau kulit cantik kan.
Namun, bulan ni masih ada promosi lain untuk vitamin kulit cantik harga rahmah. Jadi anda jangan terlepas peluang keemasan ni pula. Sebagai pengguna kita kena bijak memilih dan membeli pada harga penjimatan lebih-lebih lagi sekarang ni harga barang semakin naik tapi di Shaklee anda kena bijak membeli semasa harga tawaran promosi.
Kenapa saya syorkan kepada anda vitamin rahmah ni? Yalah jika kurang mampu untuk beli set vitamin kulit cantik saya itu, adalah baik jika grab promo vitamin rahmah ni. Daripada tiada baik ada kan. Lagipun ada banyak testimoni pengguna vitamin ESP dan Vitamin C ini kulit mereka semakin cantik dan masalah kulit semakin berkurangan.
VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH
1. ESP Mixed Soy Protein Isolate with Vanilla Flavour (ESP)
ESP adalah minuman yang sangat mudah disediakan. Cara saya adalah bancuh 2 scoop + Performance Drink + Vivix, shake dengan air sejuk dan minum. Rasa yummy.
Antara manfaat ESP adalah:
✅ Membantu encerahkan kulit
✅ Membantu menjadikan tona kulit lebih sekata
✅ Membantu mengurangkan whitehead dan blackhead
✅ Membantu memudarkan parut jerawat
✅ Membantu beri kulit yang lebih gebu
✅ Membantu mengatasi sunburn
2. Sustained Release Vita-C Plus™ (Vitamin C)
Menariknya Vitamin C ni ni ada teknologi sustaine release yang akan melepaskan vitamin setiap satu jam. Jadi untuk satu biji vitamin C penggunaan dalam badan selama 5 jam sebab vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C. Sangat berbaloi beli dan paling penting bagi kulit cantik menawan!
Antara manfaat Vitamin C ialah:
✅ Merangsang penghasilan KOLAGEN
✅ Membantu mencegah jerawat datang kembali
✅ Membantu mengatasi masalah jerawat melampau ketika period
✅ Membantu mencerahkan kulit wajah
✅ Bertindak sebagai sunblock dalaman
✅ Membantu kekalkan kulit awet muda
✅ Membantu mengecilkan pori muka
5 comments:
Wah...info yg menarik...bestlah ada vitamin ni..boleh dapat harga murah
Berbaloi kan beli masa promosi dapat share dgn family dan dapat tambah pendapatan juga❤️❤️
Nice sharing, memang rugi kalau tak grab promo set rahmah ni ✅
Ooo bagusnya set shaklee ni sebab sangat sesuai utk orang kulit berminyak juga.. bila pakai dengan youth skincare and makan collagen plus macam dettis mesti bertambah2 glowing la muka kita nnt.. must grab la set ni 😍😍
thanks sharing dettis. info yang sangat details
Post a Comment