Kali ni saya mau kongsikan satu testimoni sejak saya konsisten makan 3 vitamin ni. Apa tiga vitamin tu? Bah, baca sampai habis ya. Manatau bermanfaat sama kamu.
Kamu pernahka pigi check darah kamu? Bukan tekanan darah a. Ini yang kita pigi jumpa doktor dan ambik darah untuk kita minta check kan tahap kesihatan kita. Mau check gula ka, mau check hemoglobin (hb), mau check kanser maker ka, check buah pinggang ka termasukla mau check tahap kolesterol.
Bagi kamu yang umur 30 - 40 tahun dan ke atas sangat disarankan untuk check tahap kesihatan dengan ambil darah setiap tahun. Kurang-kurang pun ambikla dua tahun sekali sebab nanti kita rasa kita ni sihat saja tau-tau ada penyakit yang mungkin kita tidak sedar sebab tidak ambil kisah. Saya menulis ni pun untuk peringatan diri saya sendiri juga.
Yang saya ada rekod kesihatan ujian darah adalah pada tahun 2012, 2016, 2018 dan 2021. Sekali buat di Klinik Mansor, 2016 dan 2018 saya datang sendiri ke Pathlab dan di Klinik Teh (2021). Semua ujian ni dihantar ke Pathlab Batu 4, Sandakan. Best juga bila kita simpan semua laporan ujian tu dalam satu fail. Boleh kita rujuk nanti dan kita boleh lihat perubahan tahap kesihatan kita.
Bila saya tengok balik rekod-rekod kesihatan saya melalui ujian darah tu, saya cuma ada masalah kolesterol pada tahun 2012. Saya masih ingat lagi Dr Mansor nasihatkan supaya saya jaga pemakanan sebab tahap kolesterol saya berada pada tahap High (H). Saya ni memang suka makan sotong goreng, suka makan ketam. Apa tidak, di Sandakan ni senang ja ba dapatkan seafood. Masa tu harganya pun memang sangat murah. Nah apa lagi memang melantak ja makan.
Seingat saya, masa itu saya tiada makan apa-apa vitamin. Belum kenal lagi dengan Shaklee. Paling pun saya makan EPO yang saya beli dari farmasi.
Nah yang bestnya bila kita sudah kena bagi nasihat oleh doktor, kita sudah tau tahap kesihatan kita pandailah kita jaga makan kita dan pada Mei 2014 saya join Shaklee bila kawan satu kerja kasi kenal jenama vitamin ni dengan saya. Pada tahun itu juga bulan 8 saya ada pembedahan sebab ada ketumbuhan.
Selepas konsisten makan vitamin Shaklee saya dapati tahap kesihatan saya semakin baik. Di sini saya mau kongsikan testimoni saya sendiri. Memandangkan banyak shaklee effect yang saya dapat maka di bawah ni ada 4 testimoni yang saya boleh kongsikan kepada kamu semua.
Testimoni 1: Tidak pernah demam, selesema dan batuk lebih dari sehari.
Saya hanya demam, batuk dan selesma semasa balik dari bercuti di Kashmir sebab mandi dengan air sejuk di penghujung musim sejuk pula tu🤭(sebab masa tu heater air sudah off) dan juga masa covid tetapi demam saya masih terkawal. Hanya up kan dos vitamin C, Nutriferon dan B Complex serta berehat di rumah sahaja.
Sebelum ini, saya perlu makan ubat batuk dan selesema dari klinik. Selepas konsisten vitamin C batuk, selesema dan demam memang malu-malu ja mau bertandang. Syukur sangat-sangat sebab kini saya sudah tidak perlukan ubat hanya vitamin Shaklee untuk tingkatkan imun badan. Paling saya suka nutriferon ketika rasa macam mau demam cepat-cepat ambik 1 sachet memang demam tak jadi. Begitu juga kalau tekak atau hidung rasa gatal-gatal, cepat-cepat ambik nutriferon dan up kan dos vitamin C. Memang sangat membantu sebab batuk dan selesema tak jadi.
Testimoni 2: Masalah migraine semakin berkurangan.
Sebelum saya consume vitamin Shaklee, hampir setiap bulan mesti ada cuti sakit. Kepala (sebelah sahaja) dan mata berdenyut-denyut sakit, tidak boleh tengok terang maka saya akan tidur sekejap di meja guru atau berehat di surau guru perempuan. Saya juga mesti jumpa doktor untuk dapatkan ubat tahan sakit sehinggakan nurse di klinik tu hafal nama sebaik ja ke kaunter.
Siapa yang pernah mengalami sakit migrain ni taula sakitnya macamana. Saya rasa mahu hentak ja kepala di dinding. Pernah juga sekali saya tidak mampu untuk memandu jadi kenderaan saya terpaksa ditinggalkan di tempat kerja dan kawan yang hantar balik ke rumah.
Syukur sangat, pengambilan Vivix, ESP, B Complex, Ostenutrix dan Vitalea memang banyak membantu baiki kesihatan saya. Sakit migrain tidak seperti dahulu. Semakin baik dan semakin berkurangan kekerapan sakit itu datang. Selepas konsisten vitamin Shaklee saya pernah dua tahun berturut-turut zero surat sakit dan zero cuti rehat khas.
Tambahan di sini selain pengambilan vitamin, kita juga kena jaga makan. Saya boleh lihat diri sendiri tahap kesihatan akan sedikit berkurang jika makan tidak dijaga. Jadi selain pengambilan vitamin makanan juga kena jaga + minum air yang cukup.
Testimoni 3: Tahap kolesterol berada di tahap normal
Macam yang saya sebut di atas, 2012 tahap kolesterol saya berada di border line tapi doktor nasihatkan untuk jaga makan. Maka lepas tu, saya pun mulala belajar untuk kurangkan pengambilan seafood terutamanya sotong goreng. 2014 saya mula sudah makan vitamin secara konsisten sebab motif utama tu mau cantik kulit saja lepas pembedahan tau-tau masa tahun 2016, saya check darah di Pathlab dan keputusannya ialah tahap kolesterol sudah turun (tidak sudah tinggi).
Testimoni 4: Pening kepala ibu saya kekerapan datang sakit itu semakin berkurangan.
Ibu juga kini boleh makan sayur atau makanan lain yang sebelum ini ibu saya langsung tak boleh makan sebab akan buat ibu pening. Ibu saya konsisten minum 1 sudu vivix setiap pagi / malam. Saya akan pastikan ibu sentiasa ada bekalan vivix. Dalam masa sama masalah gastrik ibu saya juga semakin baik.
Kuncinya adalah konsisten ambil vitamin. Jika diambil cuma sehari dua kesan tidak nampak. Makan vitamin ni tidak seperti kita makan ubat. Usahala makan ketika kita sihat.
Bulan ni ada promo vitamin Vivix, Omega dan ESP tau. Dapatkan sementara harga murah ni.
Kamu mungkin mau tau Apa Keunikan Vivix.
Promo ni dapat Free satu tong ESP
Set ni boleh buat bayaran ansuran bagi pemegang kad kredit Maybank
Beli 3 botol dapat jimat 10%
Di Shaklee semestinya:
✿ Semula Jadi
✿ Tanpa Warna Tiruan
✿ Tanpa pemanis Tiruan
✿ Tanpa Pewarna Tiruan
✿ Tanpa Pengawet
✿ Tanpa Gluten Tambahan
Pendek kata “dari alam semula jadi kepada manusia”
Semoga perkongsian saya ini bermanfaat kepada kamu semua.
Terima kasih kepada Master Norita https://anakkuwira.com yang taja hadiah percuma kepada kami. Semoga dimurahkan rezeki selalu.
------------------------------------------------------
Bagi yang beli vitamin dengan saya, saya akan GUIDE cara makan vitamin yang betul secara PERCUMA.
#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleesabah
#shakleesandakan
Mengapa mesti memilih Shaklee?
✔️ Mendapat Kelulusan KKM
✔️ Tiada Kesan Sampingan
✔️ Terbukti Berkesan
✔️ Terbukti Semulajadi
✔️ Terbukti Selamat
✔️ Harga Mampu Milik
Jangan ragu-ragu kerana produk Shaklee disahkan HALAL.
===========
CARA ORDER:
===========
☎️ Call/ SMS/WhatsApp/
Taip ke 019 8968008
Atau klik ja link di bawah untuk wasap
Pengedar Aktif Shaklee Sandakan
COD Shaklee Bandar Maju, COD Bandar Indah, COD Shaklee Bandar Kim Fung, COD Shaklee Bandar Prima, COD Shaklee IJM, COD Shaklee Bandar Labuk, Shaklee Sandakan, COD Shaklee Taman Sejati Ujana, Pengedar Shaklee Sabah, Pengedar Shaklee Sarawak, Pengedar Shaklee seluruh Malaysia , Pengedar Shaklee Sandakan, Pengedar Shaklee Beluran, Pengedar Shaklee Telupid, Pengedar Shaklee Ranau, Pengedar Shaklee Tenom, Pengedar Shaklee Lahad Datu, Pengedar Shaklee Tawau, Pengedar Shaklee Kuching.
EMAIL : dettis2016@gmail.com
Fb page: fb.jomsihatcantik
Kesihatan Itu Kekayaan
Agen Shaklee Anda
👉 Dettis Muslin 😊
dettismuslin.blogspot.com
PENAFIAN :
Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
------------------------------------------------------
Woah, bestnya perkongsian shaklee effects Dettis, terbukti berkesan. Semoga bermanfaat buat ramai orang di luar sana yang mengalami masalah kesihatan yang sama.
ReplyDelete