Friday, 17 March 2023

Impian Saya Dengan Shaklee




Hai semua. Bila sebut pasal impian, pastinya masing-masing punya impian kan.  Impian setiap orang berbeza-beza.  Impian saya mungkin ada yang sama mungkin juga tidak sama dengan anda.  Impian berbeza itu mungkin juga disebabkan oleh latar belakang pendidikan, kerjaya, keluarga dan juga gaya hidup. 

Sebelum ni saya tidak terfikir langsung untuk berniaga sebab saya ni agak pemalu untuk buka mulut atau mau sharing.  Masih teringat dulu-dulu zaman sekolah rendah mama suruh bawa limau manis jual di sekolah pun saya malu-malu.  Simpan buah dalam beg sekolah orang mau beli baru keluarkan tapi nasib juga habis dijual.  Begitu malu mau berjualan kan sebab itu bila ingat kenangan dulu masa kecik tidak sangka saya boleh join dalam bisnes Shaklee ni.

Asalnya saya join Shaklee ni untuk kesihatan saya sahaja.  Kawan saya Emelda yang perkenalkan Shaklee ni dengan saya dan saya teruskan pengambilan vitamin Shaklee sebab saya rasa baik untuk kesihatan.  Sendiri boleh rasa perbezaan.  

Sebelum amalkan vitamin Shaklee, saya selalu sakit kepala migrain dan selalu ambil cuti sakit (MC).  Boleh dikatakan setiap bulan memang akan MC.  Saya juga masih ingat dulu sampai saya tidak dapat drive sendiri balik rumah jadi kereta saya terpaksa bermalam di sekolah.  Saya tumpang kawan balik rumah.  Sengsara o kalu sudah datang itu migrain.  Berdenyut-denyut kepala di sayu bahagian saja.  Itu mata pun saya rasa mau terkeluar ja. Rasa mual lagi.  Namun syukur dengan konsisten pengambilan vitamin Shaklee ni, kesihatan saya semakin baik.  




Inilah impian saya dalam Shaklee.  Saya mahu menikmati kesihatan yang baik sepanjang hidup saya.  Buat apa duit banyak kalau selalu sakit-sakit kan.  Itulah keutamaan saya.  Hanya orang yang pernah sakit akan lebih menghargai nikmat hidup sihat.  Bukan sahaja kesihatan diri sendiri tetapi juga untuk kesihatan ibu saya dan ahli keluarga saya juga.  Mungkin ada yang tertanya eh kenapa tidak sebut bapa.  Bapa saya sudah agak uzur tapi saya tetap sediakan vitamin yang mudah dia minum macam ESP, mealshakes dan juga Hero Kiddo yang mudah dikunyah.



Apa lagi impian saya?  Saya mau lebih banyak pendapatan daripada bisnes Shaklee saya ini.  Saya impikan income 5 angka dalam Shaklee setiap bulan.  Tidak salah kan ada impian begini.  Impian bukan dibayar pun, tidak rugi pun ada impian.  Doakan ya moga impian saya ini menjadi kenyataan.

Kenapa saya mau pendapatan begitu sedangkan sekarang saya ada gaji hakiki setiap bulan?  Sebab banyak impian saya yang perlukan wang.  

Saya mau serahkan 10% daripada pendapatan Shaklee saya kepada gereja.  Maka lebih banyak income saya, lebih banyaklah saya memberi.

Saya mau bagi duit pada ibu bapa saya.  Walau pun mama sekarang ni tidak pernah untuk meminta tapi adalah satu kepuasan kalau saya dapat memberi duit sebab selama ini saya memberi tapi dari segi pemberian vitamin setiap bulan tapi tidaklah bermakna langsung tidak pernah bagi duit ba.

Saya juga mau selesaikan hutang-hutang dengan bank.  Bestnya tu kalau hutang sudah setel. Setel hutang yang amaun paling kecik dulula.  Jadi berkurang juga sikit itu hutang.  Kalau sudah setel 1, nah bebanyakla ba sikit gaji bersih kan di slip gaji.hihi..tengok itu slip gaji hakiki pun hati banyak senang.



Saya juga mau spend duit tu untuk ahli keluarga saya.  Boleh bagi dengan kakak-kakak, dengan abang dengan adik-adik dengan ipar-ipar dengan anak-anak buah.  Boleh belanja makan, boleh bawa pigi bercuti.  Semua saya yang belanja. Wah best kan.  Mau juga kasi rasa dorang duit Shaklee saya sebab dorang ni pun banyak tolong saya masa saya study dulu.  Kakak sama abang saya.

Saya juga boleh tolong orang yang memerlukan.  Yalah kalau sudah ada 5 angka tiap bulan apalah sangat tu kalau mau menghulur kan.  Bolehla bagi derma sama orang.

Saya juga bolehlah kasi cantik-cantik ni rumah sama rumah di kampung.  Itu pagar rumah sudah saya bikin baru sebab itulah impian saya. Duit gaji baitu dikumpul-kumpul.  Itulah impian saya mau pagar lawa sikit.  Mungkin bagi orang lain agak membazir tapi macam saya cakap tadi kan impian semua orang berbeza-beza.

Saya juga mau ada kereta baru.  Dulu masa study diploma impian saya ialah mau ada kereta Honda Civic.  Belum tertunai lagi itu impian.  Tidak tau lepas ni adakah inikah yang akan dibeli.  Manatau tiba-tiba dapat pula hadiah kereta kan. hihi..berangan lagi..ndak habis-habis berangan.

Nah cukuplah sudah cerita saya pasal impian saya dalam Shaklee.  Semoga impian saya dan impian kamu semua yang membaca coretan saya ini juga akan tercapai.  Tidak tau bila akan tercapai tapi semoga akan tercapai suatu hari nanti. Amin.

Kalau kamu mau join Shaklee, mau cuba makan vitamin Shaklee, contact saya saja ya.  Ada link di bawah ni.  Kamu klik saja.  Sama-sama kita mencapai impian dalam Shaklee.  Jom jom join team saya.  Jangan risau team saya ada komuniti besar.  Ada leader yang akan membantu.  Ada support group yang penting kamu bawa niat dan semangat kental saja.

#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#shakleesabah
#shakleesandakan

 
Mengapa mesti memilih Shaklee?

✔️ Mendapat Kelulusan KKM

✔️ Tiada Kesan Sampingan

✔️ Terbukti Berkesan

✔️ Terbukti Semulajadi

✔️ Terbukti Selamat

✔️ Harga Mampu Milik

Jangan ragu-ragu kerana produk Shaklee disahkan HALAL.

===========
CARA ORDER:
===========

☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ 
Taip ke 019 8968008
Atau klik ja link di bawah untuk wasap 

Pengedar Aktif Shaklee Sandakan

COD Shaklee Bandar Maju, COD Bandar Indah, COD Shaklee Bandar Kim Fung, COD Shaklee Bandar Prima, COD Shaklee IJM, COD Shaklee Bandar Labuk, Shaklee Sandakan, COD Shaklee Taman Sejati Ujana, Pengedar Shaklee Sabah, Pengedar Shaklee Sarawak, Pengedar Shaklee seluruh Malaysia , Pengedar Shaklee Sandakan, Pengedar Shaklee Beluran, Pengedar Shaklee Telupid, Pengedar Shaklee Ranau, Pengedar Shaklee Tenom, Pengedar Shaklee Lahad Datu, Pengedar Shaklee Tawau, Pengedar Shaklee Kuching.

EMAIL : dettis2016@gmail.com

Kesihatan Itu Kekayaan

Agen Shaklee Anda
*Dettis Muslin* 
dettismuslin.blogspot.com

PENAFIAN :

Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
------------------------------------------------------
------------------------------------------------------
------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment