Hai semua kamu pengunjung blog saya. Salam sejahtera semua. Saya doakan kamu semua sihat dan gembira hendaknya bersama keluarga khususnya kamu yang tengah menyambut raya. Macamana raya tahun ni? Masih beraya di kampung ka atau sekarang sudah kembali bekerja? Kalau cikgu-cikgu ni rasanya masih beraya di kampung sebab masih cuti sekolah.
Saya pun masih di kampung. Manfaatkan cuti raya dan cuti sekolah bersama keluarga di kampung. Best ba kalau balik kampung. Dapat rasa air tangan mama tiap pagi. Kalau saya yang sediakan sarapan pagi, em ndakla kali ba. Petang-petang pula dapat makan kuih pisang goreng panas-panas buatan mama. Kami ni tinggal ngap ja tapi makan tengahari dan makan malam kamila anak-anak mama yang sediakan. Adaka perangai macam saya kalau sudah di kampung? Macam-macam boleh makan kalau di kampung tapi melantak-melantak jugaka kan itu vitamin Shaklee jangan lupa dimakan. Vivix, Omega sama Herblax wajib dimakan tu.
Sekarang ni ada di rumah kakak tua. Gara-gara mau cari line kuat sikit ba. Kalau di rumah em susah betul ni mau tembus. Tengok Facebook mau update bisnes Shaklee pun ndak dapat. Buka Instagram pun sama. WhatsApp pun sama juga tapi kira okay lagila cuma mau update tu status story pun lama betul loading. Jadi sudah ada masa ni, bolehla saya buat entry blog Insentif Shaklee Malaysia. Mau cepat-cepat buat sebab mau turun pigi kolam ikan dorang kakak lagi ni. Nanti ada masa saya mau buat entry pasal kolam ikan kakak saya pula.
Shaklee Malaysia baru-baru ni ada umumkan pasal insentif Shaklee. Kamu tauka dalam Shaklee kita boleh dapat 3C iaitu Cash, Car dan Convention. Saya setakat ni baru dapat satu C iaitu Cash. Dulu-dulu ada terima insentif dari Shaklee tau tapi sudah lupa tahun berapa. Memang happy la dapat duit tambahan dari Shaklee selain duit bonus.
Ni contoh bonus rank Supervisor tapi bergantung kepada usaha sendiri. Boleh naik turun juga ni. Jadi jangan ingat sentiasa indah. Saya tidak menjanjikan income kamu dapat sentiasa kebabom. Kena komited dengan bisnes kalau mau sentiasa income 4 angka.
Memandangkan saya cuma pernah terima satu C iaitu Cash, maka sini saya kongsikan pasal insentif berbentuk tunai sajala ya. Next time, bolehlah saya share dengan kamu insentif lain pula.
Bagaimana Cara Untuk Dapatkan Insentif Shaklee?
Macam yang saya bagitau di atas, saya sebelum ni pernah terima insentif Shaklee selama 3 bulan berturut-turut kalau saya tidak silap. Lupa sudah ba sebab sebelum tahun 2020 lagi tu. Duit sudah habis jangan lagi dikenang bilang orang tapi saya ingat tahun itulah banyak cukai saya kena bayar. Besar income besar jugala bayaran cukai sama kerajaan. Akur sajala sebab rakyat Malaysia yang bertanggungjawab la katakan.
Okay baik sini saya bagitau macamana mau dapatkan insentif Shaklee ni. Pertama sekali mestilah kamu mesti jadi ahli Shaklee dulu. Jadi ahli Shaklee baru kamu akan dapat banyak kelebihan. Contohnya dapat harga murah/harga ahli sama macam harga yang saya bayar sama Shaklee. Tiada istilah dalam Shaklee leader akan dapat harga lebih murah dari ahli Shaklee. Sama juga harga ya untuk semua ahli Shaklee. Best kan.
Sekarang ni ada promosi Shaklee dengan Set Rahmah. Memang murah betul tau. Dengan pembelian Set Rahmah ni serendah RM99 kamu sudah beli jadi ahli secara automatik. Mau lagi banyak penjimatan ambil Set Rahmah RM188 yang free keahlian dan free postage. Banyak penjimatan ni tau.
Untuk pendaftaran Shaklee, sila berhubung dengan saya. Saya akan kasi daftar kamu dan akan guide kamu juga. Jangan risau sebab kita ada team bisnes yang besar yang saling support.
Lepas sudah kamu register, nah kamu bolehlah sudah mula berniaga. Macamana niaga Shaklee ni? Mudah saja, asal saja kamu ada keinginan. Rajin mau kongsi di media sosial yang kamu ada. Boleh share di Facebook, Instagram, Tiktok, kongsi di blog. Kalau belum ada blog, boleh saja create blog kamu sendiri. Yang sudah ada Facebook boleh juga buat fb page untuk kongsikan pasal Shaklee. Di fb page nah amburla kamu kamu punya jualan Shaklee sana.
Macam saya, saya gunakan semua yang saya sebut di atas ni. Saya juga kasi share poster-poster Shaklee di status WhatsApp tapi janganla ba semua pun pasal Shaklee bosan juga orang tengok status kita. Balik-balikla ba menjual kan. Kasi selang seli juga dengan aktiviti harian kamu supaya orang ndak bosan klik kita punya status.
Ketiga dan yang penting, lepas kamu sudah mula berniaga, pastikan ada semangat untuk terus konsisten sharing di media sosial yang kamu ada. Jangan lepas 2 3 kali kamu share di Facebook contohnya dan tiada orang mau order, janganla pula terus kamu down. Ni kena kental juga tau. Kamu boleh bermula dengan makan sendiri dulu jadi baru mudah untuk kamu sharing sama orang. Boleh ajak famili atau kawan-kawan untuk beli vitamin Shaklee.
Semakin ramai customer kamu, semakin banyak la income kamu dapat dan semakin hampir la kamu untuk dapatkan instentif Shaklee. Ringkasnya begini, bagi yang baru join Shaklee, capai rank Supervisor pada bulan Mei. Jun dan Julai kasi mantain tu rank Supervisor jadi kamu akan kena bayar instentif Shaklee pada bulan September sebanyak RM600. Bagi yang baru join Shaklee, kamu boleh fight untuk contoh yang nombor 2 sama 3.
Kalau mau lebih detail kamu boleh terus hubungi saya. Saya boleh bagi tau lebih jelas lagi sama kamu. Siapa-siapa yang mau extra money zaman yang mencabar ni. Harga barang naik memang kita lagi perlukan duit lebih berbanding tahun-tahun sudah.
Kenapa kamu perlu fight untuk dapatkan insentif Shaklee ni?
Kita dari latar belakang yang berbeza. Keperluan saya mungkin bukan keperluan kamu. Kehendak saya mungkin bukan kehendak kamu. Apa yang saya mau beli, apa yang saya idamkan mungkin juga tidak sama. Namun saya tau ramai antara kita yang mau extra money. Mau lebih duit untuk keperluan untuk dapatkan apa yang kamu impikan.
Jadi dengan instentif yang Shaklee bagi ni mungkin kamu boleh gunakan antaranya adalah:
1. Bagi duit untuk mak bapa
2. Belikan vitamin/ ubat-ubatan untuk mak bapa
3. Buat simpanan untuk diri sendiri/ anak-anak
4. Beli emas perhiasan / gold bar
5. Tabungan untuk percutian
6. Bantu keluarga yang susah
7. Sedekah / Pemberian di rumah ibadat agama masing-masing
8. Tabungan untuk renovate rumah / beli barang idaman
Memang banyak cara untuk kita spend duit insentif tu. Terpulang masing-masing kan. Kalau diikut Insentif Shaklee RM600 tu kalau masuk market memang kejap ja habis tapi macam yang saya bagitau tadi, latar belakang kita berbeza. Masing-masing punya keperluan dan impian berbeza kan.
Jadi dari kamu saja mau ambil peluang ni atau ndak. Kalau kamu memang serius mau buat bisnes, mau cari income lebih, kamu memang tidak salah orang ni. Cepat-cepat contact saya. Jangan kasi lama. Nanti melepas itu peluang yang ada. Dalam bisnes Shaklee ni sistemnya adalah adil sebab itu MLM Shaklee ni patuh syariah. Siapa rajin dia akan dapat, siapa lebih rajin dia akan dapat lebih tidak kira pangkat kamu apa. Best kan Shaklee.
------------------------------------------------------
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#bisnesonline
#shakleesabah
#shakleesandakan
Mengapa mesti memilih Shaklee?
✔️ Mendapat Kelulusan KKM
✔️ Tiada Kesan Sampingan
✔️ Terbukti Berkesan
✔️ Terbukti Semulajadi
✔️ Terbukti Selamat
✔️ Harga Mampu Milik
Jangan ragu-ragu kerana produk Shaklee disahkan HALAL.
===========
CARA ORDER:
===========
☎️ Call/ SMS/WhatsApp/
Taip ke 019 8968008
Atau klik ja link di bawah untuk wasap
Pengedar Aktif Shaklee Sandakan
COD Shaklee Bandar Maju, COD Bandar Indah, COD Shaklee Bandar Kim Fung, COD Shaklee Bandar Prima, COD Shaklee IJM, COD Shaklee Bandar Labuk, Shaklee Sandakan, COD Shaklee Taman Sejati Ujana, Pengedar Shaklee Sabah, Pengedar Shaklee Sarawak, Pengedar Shaklee seluruh Malaysia , Pengedar Shaklee Sandakan, Pengedar Shaklee Beluran, Pengedar Shaklee Telupid, Pengedar Shaklee Ranau, Pengedar Shaklee Tenom, Pengedar Shaklee Lahad Datu, Pengedar Shaklee Tawau, Pengedar Shaklee Kuching.
EMAIL : dettis2016@gmail.com
Fb page: fb.jomsihatcantik
Kesihatan Itu Kekayaan
Agen Shaklee Anda
*Dettis Muslin*
dettismuslin.blogspot.com
PENAFIAN :
Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Terbaik peluang bisnes Shaklee dan program Insentif Shaklee nie buat kita dapat tambahan pendapatan. Jom kita rebut peluang emas daru Shaklee dan bantu ramai orang sihat dan berjaya bersama-sama
ReplyDeleteEnjoy je berbisnes dengan shaklee ni kan.. Truskan usaha sis Semoga berjaya💕
ReplyDeleteBanyak betul peluang Shaklee bg kan
ReplyDeleteMenarik sangat insentif Shaklee tawarkan ni. Semoga kita semua dapat rebut peluang extra cash ni kan 💪🏻🤩
ReplyDelete