Friday, 7 April 2023

Vitamin Kulit Cantik Untuk Kulit Berminyak Harga Rahmah

Hi anda semua yang singgah di entri ini, saya doakan semoga diberikan kesihatan yang baik dan rezeki berkelimpahan agar kita dapat memberi lebih lagi kepada ibu bapa kita, adik beradik atau ahli keluarga yang lain dan pastinya kepada agama kita.

Kali ni saya mau bercerita tentang kulit cantik.  Saya pasti anda yang singgah di sini tengah mencari info tentang kulit cantik atau tengah mencari jawapan kepada persoalan anda tentang kulit berminyak atau juga tengah mencari vitamin kulit.  Jadi jangan skip, baca sampai habis tau.  Mungkin anda akan temui jawapannya di sini.

Saya mau fokus kepada kulit berminyak sebab saya sendiri mempunyai kulit berminyak yang agak melampau.  Jadi senang sikitla saya mau kongsikan kepada anda semua.  Sebelum itu saya mau anda pastikan dulu jenis kulit anda yang macamana.  Ada banyak jenis kulit.

1. Kulit Normal
2. Kulit Kering
3. Kulit Berminyak
4. Kulit Kombinasi
5. Kulit Sensitif

Jenis-jenis kulit

Cuba lihat gambar di atas ni, anda tergolong dalam jenis kulit yang mana satu?  Kalau saya, saya rasa minyak di seluruh permukaan kulit wajah termasuk dahi, pipi, hidung dan dagu.  Doktor juga sudah mengesahkan bahawa saya mempunyai lebihan minyak.  Jika anda masih tidak pasti kulit anda jenis yang mana satu, teruskan untuk membaca penulisan saya ini ya.  Saya akan kongsikan di sini.

Pada asasnya, kulit kita memerlukan minyak untuk menjaga kelembapan dan melindungi kulit daripada bakteria-bakteria berbahaya.  Lapisan di bawah kulit kita yang dipanggil kalenjar sebaceous inilah yang akan menghasilkan minyak alami kulit atau sebum.  Kalenjar ini terdapat banyak di muka dan kulit kepala kecuali pada tapak tangan dan kaki.

Apa itu kulit berminyak?

Kulit berminyak

Jika sebum dikeluarkan secara berlebihan, kulit secara automatik akan berminyak dan awajah kelihatan kusam.  Selain penampilan wajah kusam, kulit berminyak juga menjadi penyebab kepada tersumbatnya pori-pori sehingga terjadinya jerawat.

Tanda-tanda Kulit Berminyak

Cara mudah untuk kenal pasti kulit anda bermnyak atau tidak.  Ada empat tanda-tanda kulit berminyak di bawah ni.  Teruskan membaca ya.

1. Pori Kelihatan Besar

Ini disebabkan oleh penghasilan sebum yang berlebihan pada kulit wajah sehingga pori-pori akan semakin besar.  Hah, macam saya sebelum ini, pori-pori di wajah memang agak besar.  Stress juga bila mengadap cermin.  Lebih-lebih semasa mengadap cermin dengan cahaya yang terang, pori-pori besar jelas kelihatan.

2.  Wajah Berjerawat

Biasanya mereka yang mempunyai kulit berminyak mempunyai potensi lebih tinggi kemungkinan untuk berjerawat. Hal ini kerana pori-pori besar pada wajah akan menyebabkan bakteria dan kotoran mudah masuk sehingga menyebabkan penyumbatan dan jerawat.  Namun syukur saya tidak tergolong dalam ni.  Jerawat biasanya timbul jika saya terlalu stress dengan kerja, kurang tidur dan semasa datang bulan.

3.  Makeup Mudah Luntur

Orang yang kulit berminyak ni makeup akan mudah luntur.  Jadi bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, anda perlu menambahkan langkah khusus sebelum bermakeup agar makeup di wajah anda tahan lebih lama. Jika tidak, makeup anda akan cepat luntur bila kulit mula mengeluarkan minyak.  Keadaan inilah yang saya alami, saya kerap touch up kulit wajah dengan compact powder kerana cepat luntur.  Jika tidak, kulit wajah saya akan nampak berminyak.


Inilah yang selalu saya guna suatu ketika dahulu untuk buang minyak tapi kini tidak lagi.  Apa yang saya amalkan atau apa produk yang saya guna?  Stay tuned ya.

4. Wajah Nampak Kusam

Yes, inilah saya dulu-dulu.  Wajah kelihatan kusam.  Mereka yang mempunyai kulit berminyak biasanya memiliki wajah yang kusam kerana penghasilan sebum yang berlebihan.  Namun anda jangan risau, saya akan kongsikan bagaimana untuk mengatasi masalah wajah kusam.


Apa punca kulit berminyak?

Anda sudah tahu bahawa kulit berminyak ini terjadi kerana penghasilan sebum yang berlebihan tapi apa sebenarnya punca kulit berminyak ini?

1. Genetik

Genetik adalah antara punca utama kulit berminyak. Perkara ini tidak dapat dielakkan jika anda mewarisi genetik daripada ibu bapa anda. Jika ibu atau bapa anda mempunyai masalah kulit berminyak maka anda boleh mewarisi masalah kulit berminyak. Namun seperti yang sudah saya nyatakan, masalah ini masih boleh dirawat. Jadi jangan terlalu risau lebih awal.

2. Usia

Penghasilan sebum akan meningkat semasa usia remaja atau akil baligh. Ini dipengaruhi oleh satu hormon yang dipanggil hormon androgen. Namun semakin usia anda meningkat, hormon androgen ini akan berkurang dan secara tidak langsung mengurangkan penghasilan minyak daripada kelenjar minyak. Maka dengan itu, penjagaan kulit pada usia remaja sangatlah penting.

3. Cuaca

Cuaca juga mempengaruhi penghasilan sebum pada kulit kita. Dengan keadaan negara kita yang mempunyai cuaca panas dan lembap sepanjang tahun, ini boleh menyebabkan peningkatan penghasilan sebum. 

4. Hormon yang tidak stabil

Ketidakstabilan hormon adalah antara punca utama kulit berminyak dan akhirnya menyebabkan pertumbuhan jerawat. Peningkatan hormon androgen bagi ibu hamil atau wanita yang menghidapi PCOS (polycystic ovarian syndrome) boleh mengalami masalah kulit berminyak. Sebab itu kadang kala anda dapat melihat ibu-ibu hamil mengalami perubahan kulit wajah. Paras hormon sewaktu haid juga boleh menyebabkan peningkatan sebum, sebab itulah ramai wanita yang mengalami masalah jerawat apabila datang haid. Ini kerana pada masa haid, paras hormon estrogen dan progesteron menurun mendadak menyebabkan meningkatnya penghasilan sebum.

5. Stress

Stress juga boleh menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak sebum. Ini kerana apabila stress, badan anda akan menghasilkan satu hormon yang dipanggil hormon cortisol. Inilah yang menyebabkan kulit anda berminyak dan lebih cenderung untuk tumbuh jerawat. Oleh itu, mengawal emosi dan mengurus tekanan dengan baik adalah salah satu cara mengelakkan masalah kulit. 

6. Mencuci muka secara kasar

Sebelum ini saya mencuci muka agak kasar dengan menggunakan kain atau span. Tujuan sebenar saya adalah untuk membuang jerawat-jerawat pasir di wajah dan juga untuk menghilangkan minyak di wajah. Namun, perlu anda tahu bahawa tindakan seperti ini sebenarnya menyebabkan kulit wajah anda akan kehilangan kelembapan. Apabila kulit muka hilang kelembapan, kalenjar minyak di wajah anda akan lebih aktif menghasilkan minyak. Jadi selepas ini, NO untuk mencuci muka dengan kasar lagi. Belailah kulit wajah anda dengan lebih lembut.

7. Diet pemakanan yang tidak sihat

Pemilihan makanan yang tidak sihat juga merupakan punca meningkatnya penghasilan minyak pada kulit. Sila kurangkan pengambilan gula, karbohidrat, makanan segera, serta makanan yang berminyak untuk menjaga kesihatan kulit anda.


Cara Mengatasi Kulit Berminyak

1. Cuci muka

Cuci muka dua kali sehari. Lepas basuh muka keringkan dengan cara tekapkan tuala ke wajah anda. Jangan terlalu kasar kerana ini mungkin menyebabkan kulit wajah hilang kelembapan. Gunakan pencuci muka yang sesuai.

Solusi: Gunakan YOUTH™ Luminous Gel Oil Cleanser

2. Toner

Penggunaan toner adalah antara perkara penting yang perlu dilakukan selepas anda mencuci muka. Toner berfungsi untuk meneutralkan semula pH kulit. Kulit kita memerlukan PH antara 4.7 - 5.75.

Solusi: Gunakan YOUTH™ Perfecting Skin Toner

3. Gunakan Serum

Serum juga boleh membantu mengatasi masalah kulit berminyak dengan mengecilkan pori dan mengurangkan lebihan minyak pada muka. Antara bahan baik biasanya terkandung dalam serum adalah asid hyaluronic, asid salicylic, asid alpha hydroxy (AHA) atau vitamin C. Kandungan asid hyaluronic di dalam serum bagus untuk melembabkan kulit tanpa menyebabkan kulit berminyak. 

Solusi: Gunakan YOUTH™ Activating Serum

4. Guna Moisturizer

Pelembap muka adalah antara perkara yang sangat penting dalam mengatasi kulit berminyak. Ramai juga yang beranggapan bahawa muka akan lebih berminyak jika menggunakan pelembap muka. 

Solusi: Gunakan YOUTH™ Age Defense Moisturizer - SPF 50

5. Pakai Clay Mask

Clay mask berfungsi untuk menyerap minyak yang berlebihan daripada kulit. Jadi jika anda mempunyai kulit berminyak, sila pakai clay mask sekurang-kurang 2x seminggu dan tidak melebihi 15 minit.

Solusi: Gunakan YOUTH™ Purifying Clay Mask

Nota: Bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering, gunakan YOUTH™ Hydrating Gel Mask

Clay Mask yang saya gunakan untuk masalah kulit berminyak

Sini saya share set Youth Lengkap yang saya gunakan dan membantu masalah kulit berminyak saya.  Saya gunakan skincare Youth sebagai rawatan luaran kulit wajah saya.

Set Skincare Youth

Namun untuk kesan yang lebih baik dan lebih cepat, saya juga merawat secara dalaman.  Rawatan secara dalaman maksudnya adalah dengan pengambilan suplemen terbaik untuk kulit.  Ini adalah vitamin kulit cantik yang saya amalkan dan syukur ada perubahan yang sangat baik untuk masalah kulit berminyak yang saya alami. 


Set Kulit Cantik Saya

Sini saya kongsikan kepada anda vitamin terbaik Shaklee yang saya amalkan khas untuk kulit cantik.  Semoga bermanfaat kepada anda yang sedang mencari vitamin kulit terbaik untuk merawat masalah kulit wajah anda.

Vitamin Kulit Cantik


1. ESP Mixed Soy Protein Isolate with Vanilla Flavour (ESP)
2. Sustained Release Vita-C Plus (Vitamin C)
3. Vita-E Complex (Vitamin E)
4. B-Complex Plus with Folic Acid (B Complex)
5. Vivix® / RES V
6. Collagen Plus Powder

Jujur saya katakan di sini, Collagen Plus Powder tu saya akan consume selagi stok collagen yang saya beli semasa harga promosi masih ada.  Sayangnya, saya terlepas beli harga promosi Collagen bulan April.  Laju keras orang membeli.  Kurang 2 jam sudah licin.  Apa tidaknya buy 1 free 1 tu.  Siapa tidak mau kulit cantik kan.

Namun, bulan ni masih ada promosi lain untuk vitamin kulit cantik harga rahmah.  Jadi anda jangan terlepas peluang keemasan ni pula.  Sebagai pengguna kita kena bijak memilih dan membeli pada harga penjimatan lebih-lebih lagi sekarang ni harga barang semakin naik tapi di Shaklee anda kena bijak membeli semasa harga tawaran promosi.

Kenapa saya syorkan kepada anda vitamin rahmah ni?  Yalah jika kurang mampu untuk beli set vitamin kulit cantik saya itu, adalah baik jika grab promo vitamin rahmah ni.  Daripada tiada baik ada kan.  Lagipun ada banyak testimoni pengguna vitamin ESP dan Vitamin C ini kulit mereka semakin cantik dan masalah kulit semakin berkurangan.


VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH

Kulit Cantik Harga Rahmah Set A

Kulit Cantik Harga Rahmah Set B


Promo Vitamin Rahmah
ESP + Vitamin C

Promosi untuk SID

SET A RM99
SET B RM188

Promo untuk new member

SET RM99
✅ FREE MEMBERSHIP

SET RM188
✅ Tambahan Diskaun RM10 
✅ FREE MEMBERSHIP 
✅ FREE DELIVERY


1. ESP Mixed Soy Protein Isolate with Vanilla Flavour (ESP)

ESP adalah minuman yang sangat mudah disediakan.  Cara saya adalah bancuh 2 scoop + Performance Drink + Vivix, shake dengan air sejuk dan minum.  Rasa yummy.

Antara manfaat ESP adalah:

✅ Membantu encerahkan kulit

✅ Membantu menjadikan tona kulit lebih sekata

✅ Membantu mengurangkan whitehead dan blackhead

✅ Membantu memudarkan parut jerawat

✅ Membantu beri kulit yang lebih gebu

✅ Membantu mengatasi sunburn


2. Sustained Release Vita-C Plus (Vitamin C)

Menariknya Vitamin C ni ni ada teknologi sustaine release yang akan melepaskan vitamin setiap satu jam.  Jadi untuk satu biji vitamin C penggunaan dalam badan selama 5 jam sebab vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C. Sangat berbaloi beli dan paling penting bagi kulit cantik menawan! 

Antara manfaat Vitamin C ialah:

✅ Merangsang penghasilan KOLAGEN

✅ Membantu mencegah jerawat datang kembali

✅ Membantu mengatasi masalah jerawat melampau ketika period

✅ Membantu mencerahkan kulit wajah

✅ Bertindak sebagai sunblock dalaman

✅ Membantu kekalkan kulit awet muda

✅ Membantu mengecilkan pori muka

Soalan: Kenapa saya kena grab promo vitamin rahmah ni?

Jawapan: Banyak penjimatan. Sangat murah.
ESP bantu kita rasa kenyang lama. Protein makanan utama sel-sel kita. Cantikkan kulit.

Vita C bantu up imun sistem. Cantikkan kulit.👍🏻👍🏻


Testimoni Pengguna Set Kulit Cantik
Testimoni kulit cantik 1


Testimoni kulit cantik 1

Video testimoni breakout skin


Bagi yang beli vitamin dengan saya, saya akan GUIDE cara makan vitamin yang betul secara PERCUMA.

#nextlevelblogging
#setrahmahshaklee2023
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleesabah
#shakleesandakan

Mengapa mesti memilih Shaklee?

✔️ Mendapat Kelulusan KKM

✔️ Tiada Kesan Sampingan

✔️ Terbukti Berkesan

✔️ Terbukti Semulajadi

✔️ Terbukti Selamat

✔️ Harga Mampu Milik

Jangan ragu-ragu kerana produk Shaklee disahkan HALAL.


===========
CARA ORDER:
===========

☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ 
Taip ke 019 8968008
Atau klik ja link di bawah untuk wasap 

Pengedar Aktif Shaklee Sandakan

COD Shaklee Bandar Maju, COD Bandar Indah, COD Shaklee Bandar Kim Fung, COD Shaklee Bandar Prima, COD Shaklee IJM, COD Shaklee Bandar Labuk, Shaklee Sandakan, COD Shaklee Taman Sejati Ujana, Pengedar Shaklee Sabah, Pengedar Shaklee Sarawak, Pengedar Shaklee seluruh Malaysia , Pengedar Shaklee Sandakan, Pengedar Shaklee Beluran, Pengedar Shaklee Telupid, Pengedar Shaklee Ranau, Pengedar Shaklee Tenom, Pengedar Shaklee Lahad Datu, Pengedar Shaklee Tawau, Pengedar Shaklee Kuching.

EMAIL : dettis2016@gmail.com

Kesihatan Itu Kekayaan

Agen Shaklee Anda
👉 Dettis Muslin 😊
dettismuslin.blogspot.com

PENAFIAN :

Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
------------------------------------------------------

5 comments:

  1. Wah...info yg menarik...bestlah ada vitamin ni..boleh dapat harga murah

    ReplyDelete
  2. Berbaloi kan beli masa promosi dapat share dgn family dan dapat tambah pendapatan juga❤️❤️

    ReplyDelete
  3. Nice sharing, memang rugi kalau tak grab promo set rahmah ni ✅

    ReplyDelete
  4. Ooo bagusnya set shaklee ni sebab sangat sesuai utk orang kulit berminyak juga.. bila pakai dengan youth skincare and makan collagen plus macam dettis mesti bertambah2 glowing la muka kita nnt.. must grab la set ni 😍😍

    ReplyDelete
  5. thanks sharing dettis. info yang sangat details

    ReplyDelete