Renewal Mudah Dengan Shaklee

on Saturday, 27 May 2023

Hai semua kamu pengunjung blog saya.  Salam sejahtera semua.  Saya doakan kamu semua sihat dan gembira hendaknya bersama keluarga khususnya cikgu-cikgu yang tengah cuti sekolah penggal 1 sekarang ni.  Semoga rakan-rakan guru dapat manfaatkan masa cuti ini bersama keluarga di samping menyiapkan tugasan sekolah yang ada. 





Kali ini saya mau kongsikan pula tentang renew keahlian Shaklee.  Ada ahli baru bila dia submit data untuk saya daftarkan keahlian akan tanya soalan macam ni:

👉Keahlian ni seumur hidupkah?
👉Perlu renew tiap tahun ka?
👉Kalau expired macamanala keahlian saya ni?
👉Kalu lama tidak membeli vitamin, macamana?
👉Saya ni bukan mau buat bisnes, macamana dengan keahlian saya?

Mungkin ada dalam kalangan rakan bisnes Shaklee saya juga menerima soalan yang sama.  Tidak salah untuk bertanya ya.  Itu paling bagus bertanya jika tidak tau atau tidak pasti.  Bila sudah tau, nanti taula apa kena buat selepas itu.  Betul kan?

Sebelum ini keahlian Shaklee adalah seumur hidup namun bermula tahun 2016-2017, Syarikat Shaklee memperkenalkan syarat baru.  Sesiapa ahli yang tidak aktif selama dua tahun, namanya akan hilang dalam sistem keahlian Shaklee.  Lama juga tu dua tahun.  Ada banyak masa lagi untuk ahli yang sudah expired untuk renew keahliannya.

Mudah sahaja untuk kita tahu bila keahlian kita akan expired iaitu pada tarikh lahir kita.  Mesti kita semua ingat tarikh lahir kan.  Takan tarikh lahir sendiri boleh lupa.  Shaklee sangat memudahkan setiap ahlinya.  Selain itu, kita juga akan terima sms dan juga email dari Shaklee yang menyatakan bahawa keahlian kita hampir tamat tempoh.  Jadi tiada alasan la kan terlupa untuk renew keahlian.

Kenapa perlu renew keahlian Shaklee?

1. Dapat beli produk dengan harga ahli
2. Dapat nikmati diskaun harga yang lebih murah semasa promosi


Kalau kamu ni mau jadikan bisnes Shaklee sebagai pendapatan, maka perlu untuk kamu renew keahlian tapi biasanya mereka yang berbisnes Shaklee ni akan dapat renew secara automatik melalui pembelian vitamin setiap bulan.

Bagaimana renew keahlian Shaklee?

1.  Bagi yang sudah lupa sama ada keahlian masih aktif atau belum, kamu boleh semak terlebih dahulu status keahlian dengan hubungi saya.  Saya sedia membantu kamu.

Setelah semakan dibuat dan didapati bahawa keahlian kamu sudah luput lebih dari setahun (nama tiada dalam sistem), kamu boleh daftar dengan berhubung secara terus dengan saya untuk pendaftaran semula keahlian Shaklee dengan cara:

👉  Bayar RM35 keahlian atau, 
👉 Belian produk 100UV atau apa-apa produk promosi yang Shaklee berikan keahlian PERCUMA.



Contoh promo untuk keahlian PERCUMA

Dalam organisasi saya ada juga yang sudah hilang namanya dalam sistem kemudian hubungi saya untuk pembelian produk.  Kalau pembelian kurang dari 100UV atau bukan produk promosi keahlian percuma, maka ahli tersebut kenala bayar RM35.  Sayang kan kena bayar semula jadi saya sarankan untuk elak daripada bayaran RM35 tu, belilah item 100UV atau belilah produk promosi keahlian untuk lebih penjimatan.

2. Kalau status keahlian kamu luput kurang daripada 1 tahun dari tarikh akhir pembelian, status kamu yang dipaparkan dalam sistem adalah EXPIRED tapi masih boleh renew. 


Paparan dalam sistem menunjukkan ahli yang expired dan aktif

Dalam organisasi saya ada juga yang lama tidak membeli vitamin menyebabkan status dorang jadi expired macam contoh di atas ni.



Contoh renew keahlian dengan pembelian item paling murah


Kalau kes yang macam ini, kamu boleh saja beli minimum 1 item serendah RM34 iaitu 1 tiub herbal blend seperti dalam gambar di atas.  Cara kedua ialah kamu beli produk promosi keahlian percuma (jika ada promosi pada bulan tersebut) untuk aktifkan semula ID.  Biasanya ahli dalam team saya yang status expired akan beli produk promosi sebab harganya jauh lebih murah berbanding biasa.  Harga promosi ini menarik lebih ramai ahli berstatus expired untuk renew keahlian Shaklee.

Jadi bagi kamu yang sudah expired keahlian atau tidak tau sudah expired keahlian, hubungi saya sahaja saya sedia membantu kamu.  Cepat-cepat contact saya tau.  Jangan kasi lama.  


------------------------------------------------------
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#bisnesonline
#shakleesabah
#shakleesandakan

 
Mengapa mesti memilih Shaklee?

✔️ Mendapat Kelulusan KKM

✔️ Tiada Kesan Sampingan

✔️ Terbukti Berkesan

✔️ Terbukti Semulajadi

✔️ Terbukti Selamat

✔️ Harga Mampu Milik

Jangan ragu-ragu kerana produk Shaklee disahkan HALAL.

===========
CARA ORDER:
===========

☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ 
Taip ke 019 8968008
Atau klik ja link di bawah untuk wasap 

Pengedar Aktif Shaklee Sandakan

COD Shaklee Bandar Maju, COD Bandar Indah, COD Shaklee Bandar Kim Fung, COD Shaklee Bandar Prima, COD Shaklee IJM, COD Shaklee Bandar Labuk, Shaklee Sandakan, COD Shaklee Taman Sejati Ujana, Pengedar Shaklee Sabah, Pengedar Shaklee Sarawak, Pengedar Shaklee seluruh Malaysia , Pengedar Shaklee Sandakan, Pengedar Shaklee Beluran, Pengedar Shaklee Telupid, Pengedar Shaklee Ranau, Pengedar Shaklee Tenom, Pengedar Shaklee Lahad Datu, Pengedar Shaklee Tawau, Pengedar Shaklee Kuching.

EMAIL : dettis2016@gmail.com

Kesihatan Itu Kekayaan

Agen Shaklee Anda
*Dettis Muslin* 
dettismuslin.blogspot.com

PENAFIAN :

Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Read more...

Cash Rebate Shaklee - Dapat Makan Vitamin Percuma

Hai semua kamu pengunjung blog saya.  Salam sejahtera semua.  Saya doakan kamu semua sihat dan gembira hendaknya bersama keluarga khususnya cikgu-cikgu yang tengah cuti sekolah penggal 1 sekarang ni.  Mungkin ada yang balik kampung, pigi bercuti atau duduk sahaja di rumah.  Ambil peluang cuti sekolah untuk berehat di rumah tapi yaka tu berehat?  Bukan tengah menyemak paper exam budak-budak ka?Hahaha.  

Saya ni semua yang saya sebut di atas, bercuti, balik kampung dan juga menyemak paper.  Cuti ni kenalah siapkan.  Nanti besok mau bercuti ke Kota Kinabalu saya wajib bawa vitamin Shaklee dan juga skincare Youth.  Macam-macam vitamin ada dan banyak jenis yang saya makan.  Ikhtiar untuk sihat.  Saya mau walau pun usia makin naik tapi kesihatan tetap terjaga.  Masih mampu untuk bekerja.

Hah ni la saya mau cerita ni apa yang bestnya dengan Shaklee.  Kita makan kita dapat nikmat sihat.  Bonus kulit cantik dan juga boleh dapat cash rebate.  Dengan cash rebate ni saya boleh makan vitamin dengan percuma sahaja.  Best kan.  Bukan setakat badan sihat tapi juga dapat makan percuma vitamin dengan cash rebate Shaklee.  Ni la antara sebab saya masih setia bersama dengan Shaklee.  Yala tiap-tiap bulan tu dapat cash rebate siapa tidak mau kan.


Dalam Shaklee ni siapa yang rajin dia akan dapat lebih.  Tiada istilah goyang kaki tunggu orang bawah berabisan buat sales.  Sebab itu bisnes Shaklee ni patuh syariah.  Maka rakan-rakan yang beragama Islam boleh sahaja buat bisnes Shaklee ni tanpa ragu-ragu.

Ni kiraan kasar untuk cash rebate / bonus 

Awal-awal dulu saya join Shaklee ni hanya untuk makan vitamin untuk diri sendiri.  Saya masih ingat lagi, 15hb bulan depannya duit masuk ke dalam akaun saya RM24 lebih sikit la begitu.  Kalau tengok jadual di atas ni, maksudnya saya terima 5% bonus. Dalam hati eh best juga beli vitamin untuk makan sendiri saja tapi Shaklee bagi pula cash rebate dan terus pula masuk dalam akaun tapi kan masa tu saya belum terfikir lagi mau jadikan Shaklee ni sebagai side income saya.  

Saya ni agak pemalu untuk sharing dengan orang lain.  Walau pun dulu ada juga belajar bisnes masa diploma dan masa di universiti minor saya adalah Pengajian Perniagaan tapi itu cuma teori.  Secara praktikalnya memang fail walau pun dulu kami buat projek untuk marketing kira hebat jugala kunu. Hahaha. Yalah macamana juga mau berniaga kalau pemalu kan.

Namun saya yang dari malu-malu sharing sudah berani dan bertekad untuk jadikan bisnes Shaklee ni untuk dapatkan pendapatan tambahan saya.  Ini disebabkan ada faktor yang telah mendorong saya untuk berbisnes.  Duit gaji saya yang baru sahaja masuk hari itu habis begitu sahaja untuk bayar bil yang tidak saya gunakan.  Punya saya sedih masa tu.  Syukurla ada sedikit duit simpanan untuk sambung nyawa saya sebulan sebelum gaji seterusnya.  

Kita dari pelbagai latar belakang.  Mungkin kamu orang berada yang mampu beli apa sahaja yang kamu suka.  Mungkin juga kamu ni orang yang pentingkan kesihatan dan perlu sentiasa makan vitamin dan tidak kisah pasal kosnya.  Mungkin juga kamu ni mau ikhtiar sihat tapi kurang mampu untuk beli vitamin.  Nah jadi apa kata ikuti saya untuk tahu lebih lanjut macamana untuk dapat makan percuma vitamin dengan cash rebate Shaklee.

Bagaimana Untuk Dapat Makan Vitamin Secara Percuma Dengan Cash Rebate Shaklee?

1.  Daftar sebagai  ahli Shaklee
2.  Beli dan makan vitamin Shaklee 
3.  Kongsikan kebaikan vitamin Shaklee
4.  Berniagalah dengan produk Shaklee

Mungkin kamu masih tidak berapa faham lagi kan 4 cara atau langkah yang saya kasitau di atas ni.  Em ba, sini la saya kasi terang supaya kamu lebih faham.

1.  Daftar sebagai  ahli Shaklee

Kalau mau dapat cash rebate atau bonus Shaklee, perkara utama kamu kena join jadi ahli Shaklee dulu.  Macam saya dulu kalau saya beli dengan kawan tanpa daftar saya tidak dapat apa-apa cash rebate walau pun banyak vitamin yang saya beli.  Rasa rugi kan.

Ada dua cara untuk daftar dengan Shaklee iaitu:
i)  Bayar RM35 yuran keahlian.  
ii) Beli produk Shaklee sebanyak 100UV dalam 1 invois.



Sebelum bayar RM35 atau beli produk Shaklee, daftar maklumat ahli baru dalam sistem.  Senang saja yang ni mau bikin yang penting ada hp dan talian internet.  Saya boleh saja tolong kamu untuk register ahli.  Setakat ni dalam team saya ada dalam 150 orang ahli berdaftar dengan Shaklee.  Mungkinkah kamu salah seorang yang akan join team saya?  Jangan risau, saya akan bimbing kamu ya dan ada group support juga.  Kita boleh tanya apa-apa yang kita tidak faham tentang Shaklee.


2.  Beli dan makan vitamin Shaklee 

Lepas sudah kamu kena daftar (pre-active), kamu boleh aktifkan keahlian kamu dengan buat pembelian produk Shaklee.  Bagi yang keahlian percuma tu, kamu kenalah beli 100UV punya point Shaklee.  Selain dapat keahlian percuma kamu juga dapat free postage tau.  Jimat RM35 (yuran) + RM10 (postage).  Nah jadi kalu mau beli bagus beli sampai RM300 sebab postage free tu.  


Sudah beli vitamin, jangan pula disimpan dalam rak saja tau.  Kena makan tu vitamin yang sudah kamu beli supaya kamu sendiri boleh rasa, boleh dapat kesan jadi senang kamu mau kongsi sama orang lain.  Kita akan lebih yakin sharing kalu kita sendiri dapat kesan.  Macam saya yang masih bujangan ni, saya agak susah mau kongsi set menyusu sama orang lain tapi kalu untuk set pembedahan saya ada pengalaman jadi memang senangla mau share.

3.  Kongsikan kebaikan vitamin Shaklee

Sambungan sama yang di atas ni yang lepas makan vitamin kita akan nampak perubahan atau kesan sama diri kita sendiri atau keluarga kita.  Nah jadi itu mulut kasi ringan-ringanla untuk share sama orang.  Bukan kita kena tangkap pun kalu berkongsi kebaikan Shaklee.  Kalau memang betul-betul malu mau buka mulut, boleh saja gunakan media sosial untuk berkongsi.


Macam saya, saya gunakan WhatsApp, Facebook dan juga blog.  Ini kita tidak payah jumpa direct sama orang.  Kita share saja di status WhatsApp dan juga story Facebook atau di wall kita sendiri.  Mula-mula tu mungkin orang tiada respon atau kita tidak dapat customer yalah siapala kita ni kan.  Melainkan kamu tu artis yang memang pemes.  Jual apa ja laju ja orang beli kan.  Jadi kita yang memang bukan siapa-siapa ni kenalah usaha lebih untuk terus berkongsi. 

Tengok company besar yang sudah dikenal ramai macam KFC sama MCD pun masih juga buat marketing buat iklan supaya orang sentiasa ingat sama brand dorang ni.  Jutawan di Malaysia pun yang buat bisnes jual produk masih juga buat marketing supaya sentiasa ditau apa yang dorang jual.

4.  Berniagalah dengan produk Shaklee

Bila sudah kita kongsi sama orang atau dalam media sosial yang kita ada, masa itulah kita sebenarnya sudah menjalankan proses berniaga.  Bestnya dalam Shaklee ni kita boleh saja tidak perlu pegang stok.  Ada order dari customer baru kita buat order online dalam website Shaklee tapi ada juga customer ni yang mau cepat dapat itu vitamin jadi lebih bagus jugala kalu kita simpan stok sikit-sikit.

Bagi kamu yang tiada modal, boleh pilih untuk cara pertama iaitu ada order baru beli.  Kamu kasitau saja sama customer yang barang akan sampai ke alamat yang dibagi dalam masa 3 - 5 hari.  Biasa kalau saya order Shaklee 3 hari sampai sudah melainkan musim closing (order hujung bulan) punya order la. Dalam 5 hari juga akan sampai. Best kan dengan Shaklee ni semua di hujung jari kita saja.

Dalam 1 bulan, kamu mesti dapat kumpul 150UV paling minima untuk layak dapat cash rebate tapi belum dapat lagila makan percuma vitamin.  Mau belian lebih RM600 baru dapat free vitamin.  Kalau sudah banyak kamu sharing, pasti akan ada yang jadi customer kamu tu.  Percayalah pada rezeki yang Tuhan bagi.  Pasti ada jika kita usaha dan doa.


Jadi bagi kamu yang betul-betul mau makan percuma vitamin Shaklee, marilah sama-sama kita berniaga.  Kalau kamu memang serius mau buat bisnes, mau cari income lebih, kamu memang tidak salah orang ni.  Cepat-cepat contact saya.  Jangan kasi lama.  


------------------------------------------------------
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#bisnesonline
#shakleesabah
#shakleesandakan

 
Mengapa mesti memilih Shaklee?

✔️ Mendapat Kelulusan KKM

✔️ Tiada Kesan Sampingan

✔️ Terbukti Berkesan

✔️ Terbukti Semulajadi

✔️ Terbukti Selamat

✔️ Harga Mampu Milik

Jangan ragu-ragu kerana produk Shaklee disahkan HALAL.

===========
CARA ORDER:
===========

☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ 
Taip ke 019 8968008
Atau klik ja link di bawah untuk wasap 

Pengedar Aktif Shaklee Sandakan

COD Shaklee Bandar Maju, COD Bandar Indah, COD Shaklee Bandar Kim Fung, COD Shaklee Bandar Prima, COD Shaklee IJM, COD Shaklee Bandar Labuk, Shaklee Sandakan, COD Shaklee Taman Sejati Ujana, Pengedar Shaklee Sabah, Pengedar Shaklee Sarawak, Pengedar Shaklee seluruh Malaysia , Pengedar Shaklee Sandakan, Pengedar Shaklee Beluran, Pengedar Shaklee Telupid, Pengedar Shaklee Ranau, Pengedar Shaklee Tenom, Pengedar Shaklee Lahad Datu, Pengedar Shaklee Tawau, Pengedar Shaklee Kuching.

EMAIL : dettis2016@gmail.com

Kesihatan Itu Kekayaan

Agen Shaklee Anda
*Dettis Muslin* 
dettismuslin.blogspot.com

PENAFIAN :

Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




Read more...

Kemeriahan Hari Raya Open House Sekolah

on Wednesday, 17 May 2023
Hai semua.  Masih mood raya ke tu?  Raya kan sebulan.  Jadi mesti masih ada yang masih buat hari raya open house ni kan.  Ada yang buat sambutan raya di rumah masing-masing, ada juga yang buat open house di dewan, di pejabat-pejabat termasuk sekolah.  Macam sekolah kami la.  Kemarin kami baru sahaja buat hari raya open house di sekolah.  



Hah ni la yang saya mau cerita ni.  Kemeriahan Hari Raya Open House di sekolah tapi kami buat open house di kelas-kelas.  Maksudnya, setiap kelas akan buat open house di kelas masing-masing.  Memang meriah betul la sebab sekolah kami ni setiap tingkatan ada 10 kelas. 

Bayangkan 10 kelas dengan jumlah murid 1 kelas purata 35 orang.  Ramai tak ramai tu.  Ditambah lagi dengan pelajar tingkatan 6 dalam 85 orang.  Total murid 1867 la gitu tapi murid tidak semua hadir la kemarin sebab ada murid yang tak mau bayar kutipan untuk open house raya dan takkan datang semasa sambutan raya di sekolah.

Memandangkan kemarin 16 Mei 2023 juga adalah Hari Guru maka open house (kelas) dan Hari Guru disambut serentak. 2 in 1 la gitu.  Sekali arung bilang.  Sebenarnya tarikh open house ni dipinda ke hari kemarin.  Asalnya tarikh adalah pada minggu lepas tapi mungkin perbincangan pihak Kelab Keluarga Sekolah saya bersama pengetua maka tarikh 16 Mei telah diambil dan maka dengan itu peperiksaan juga tiada pada hari kemarin.  

Sebenarnya minggu ni minggu Peperiksaan Awal Tahun Sesi 2023.  Budak lepas happy-happy beraya kemarin balik rumah kena ulangkaji pula sebab hari ini kertas peperiksaan Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2.  Apa boleh buat sudah namanya student kan, tanggungjawab memang belajar.  

Berbalik pada cerita kemeriahan Hari Raya Open House Sekolah saya kemarin, guru-guru diberikan kumpulan untuk berkunjung ke kelas-kelas untuk beraya.  Pentadbir bersama guru-guru termasuk saya sendiri.  Team saya beraya ke kelas Tingkatan Empat seramai 14 orang diketuai oleh Cikgu Zai Guru Kanan Bahasa, team Pengetua pula akan berkunjung ke kelas tingkatan 5 dan 6, team PK HEM ke kelas tingkatan 3, team PK Kokum ke kelas tingkatan 2 dan Penyelia Petang ke kelas tingkatan 1.

Namun, memandangkan sekolah kami 2 sesi.  Murid sesi petang yang terdiri daripada Tingkatan 1 dan 2 buat open house kelas di tapak perhimpunan.  Tingkatan 3 - 6 di kelas masing-masing tapi ada juga yang saya nampak kemarin kelas bergabung dan buat open house di pondok sekolah (Gazebo).  Ni tentatif majlis kemarin.



Murid-murid perempuan apa lagi berbaju raya lawa-lawa dengan mekap kalah lagi cikgu o.  Kalah saya yang cuma pakai skincare Youth Shaklee tempek di muka + compact powder dan lipstick tu wajib la kalu tidak orang ingat saya sakit pula. Hahaha.  Sambutan Raya ini memang sudah menjadi satu aktiviti tradisi sekolah.  

Lauk-pauk atau juadah yang dihidangkan ikut perbincangan guru kelas dan murid.  Ada yang diberikan kumpulan oleh guru untuk membawa atau memasak, ada juga yang ditempah dari luar dan tidak kurangnya ada guru-guru yang rajin untuk memasak hidangan raya.  Pilihan ramai adalah kelas 5I sebab makanan dimasak oleh guru yang memang cun memasak.  Kalah saya yang perempuan ni sebab tau masak telur saja.hahaha



Tidak sah open house kelas kalau tiada speaker.  Lagu-lagu raya berkumandang hampir semua kelas dan ada mikrofon pula tu.  Jadi bolehla siapa-siapa untuk menyumbangkan lagu.  Sabah baini. Karoks itu biasa sudah kecuali saya la ya. Hihi sebab suara boleh memanggil hujan lebat.  Murid-murid dan guru-guru boleh ja berkaraoke dalam kelas.  Memang meriahla.  Macam juga open house di rumah ba.

Memandangkan sambutan raya dan Hari Guru serentak maka inilah antara aktiviti yang dijalankan kemarin.

1. Pertandingan Karaoke. 
    Yang ni ikut kumpulan rumah sukan.  Sepatutnya ada 2 buah lagu tapi memandangkan guru-guru perlu bergerak ke kelas/ tapak perhimpunan untuk open house kelas maka disingkatkan kepada sebuah lagu sahaja.  Keputusan belum ada tapi rasanya rumah sukan saya tempat ketiga.  Johan tu mesti rumah sukan kuning sebab penyanyi ba tu di sana.  Apa tidak juara dorang tu.

2. Menganyam Ketupat
    Aktiviti ni pun ikut rumah sukan juga.  Setiap rumah sukan hantar 4 orang wakil untuk anyam ketupat.  Saya jadi penyokong ja team saja tapi lupa pula kami tempat ketiga atau keempat.  Tunggula nanti keputusan diumumkan.



3. Jamuan Raya Mengikut Kelas
    Ini bukan pertandingan.  Ini sesi makan-makan dan bergambar saja ni.

4. Menu Raya Terbaik
    Juadah raya pun kena dipertandingkan tau tapi pemenang belum diketahui tapi kan saya rasa saya sudah tau siapa pemenangnya.  Em, tunggula ba nanti kena umum pemenang manatau ada lagi lebih bagus menu raya kelas lain sebab kemarin saya hanya dapat berkunjung ke dua kelas termasuk kelas sendiri sebab saya pembantu guru kelas.  Kesian pula mau tinggalkan guru kelas walau pun saya ada team bersama pentadbir untuk berkunjung beraya.

5. Perhiasan Kelas Terbaik
    Open house kelas kan jadi mestila kelas pun kena hias. Ala macam raya di rumah jugala hias kelas dengan tema raya dan ada kelas-kelas yang buat photo booth.  Kelas kami tidak terkecuali.  Rajin betul ba guru kelas ni.  Kalau saya tu memang ndakla sebab tiada seni ni menghias-hias segala.



Guru-guru dibenarkan balik pada jam 1 petang dan murid-murid juga mengemas sebelum balik sebab besoknya dorang kena belajar untuk tingkatan 1-3 dan exam untuk tingkatan 4 - 5.

Jumpa lagi raya kelas tahun depan. Sayonara.

Kamurang tauka sebelum saya berkunjung raya ke kelas, perkara pertama yang saya buat ialah makan Lecithin 3 biji.  Ni untuk elak lemak-lemak nanti menempel.  Juadah raya kan berlemak, berminyak jadi kena sediakan perisai dulu.  Lepas makan, saya makan omega guard, b complex dan herblax.





💓Omega untuk bantu bakar lemak.
💓B Complex tukar makanan kepada tenaga.
💓Herblax untuk detoks usus. Walau pun raya kali ni saya tidak melantak makan sebab nanti ada marathon di Kota Kinabalu, kena juga makan herblax untuk cuci usus.

Saya sudah kongsikan meriahnya raya di sekolah tapi yang ni budak-budak besar. Sekolah menengah.  Jom baca kisah Hari Raya Open House di sekolah rendah pula.


------------------------------------------------------
------------------------------------------------------
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#bisnesonline
#shakleesabah
#shakleesandakan

 
Mengapa mesti memilih Shaklee?

✔️ Mendapat Kelulusan KKM

✔️ Tiada Kesan Sampingan

✔️ Terbukti Berkesan

✔️ Terbukti Semulajadi

✔️ Terbukti Selamat

✔️ Harga Mampu Milik

Jangan ragu-ragu kerana produk Shaklee disahkan HALAL.

===========
CARA ORDER:
===========

☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ 
Taip ke 019 8968008
Atau klik ja link di bawah untuk wasap 

Pengedar Aktif Shaklee Sandakan

COD Shaklee Bandar Maju, COD Bandar Indah, COD Shaklee Bandar Kim Fung, COD Shaklee Bandar Prima, COD Shaklee IJM, COD Shaklee Bandar Labuk, Shaklee Sandakan, COD Shaklee Taman Sejati Ujana, Pengedar Shaklee Sabah, Pengedar Shaklee Sarawak, Pengedar Shaklee seluruh Malaysia , Pengedar Shaklee Sandakan, Pengedar Shaklee Beluran, Pengedar Shaklee Telupid, Pengedar Shaklee Ranau, Pengedar Shaklee Tenom, Pengedar Shaklee Lahad Datu, Pengedar Shaklee Tawau, Pengedar Shaklee Kuching.

EMAIL : dettis2016@gmail.com

Kesihatan Itu Kekayaan

Agen Shaklee Anda
*Dettis Muslin* 
dettismuslin.blogspot.com

PENAFIAN :

Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

------------------------------------------------------

Read more...

Insentif Shaklee Malaysia

on Thursday, 27 April 2023
Hai semua kamu pengunjung blog saya.  Salam sejahtera semua.  Saya doakan kamu semua sihat dan gembira hendaknya bersama keluarga khususnya kamu yang tengah menyambut raya.  Macamana raya tahun ni?  Masih beraya di kampung ka atau sekarang sudah kembali bekerja?  Kalau cikgu-cikgu ni rasanya masih beraya di kampung sebab masih cuti sekolah.  

Saya pun masih di kampung.  Manfaatkan cuti raya dan cuti sekolah bersama keluarga di kampung.  Best ba kalau balik kampung.  Dapat rasa air tangan mama tiap pagi.  Kalau saya yang sediakan sarapan pagi, em ndakla kali ba.  Petang-petang pula dapat makan kuih pisang goreng panas-panas buatan mama.  Kami ni tinggal ngap ja tapi makan tengahari dan makan malam kamila anak-anak mama yang sediakan. Adaka perangai macam saya kalau sudah di kampung?  Macam-macam boleh makan kalau di kampung tapi melantak-melantak jugaka kan itu vitamin Shaklee jangan lupa dimakan.  Vivix, Omega sama Herblax wajib dimakan tu.

Sekarang ni ada di rumah kakak tua.  Gara-gara mau cari line kuat sikit ba.  Kalau di rumah em susah betul ni mau tembus.  Tengok Facebook mau update bisnes Shaklee pun ndak dapat.  Buka Instagram pun sama.  WhatsApp pun sama juga tapi kira okay lagila cuma mau update tu status story pun lama betul loading.  Jadi sudah ada masa ni, bolehla saya buat entry blog Insentif Shaklee Malaysia.  Mau cepat-cepat buat sebab mau turun pigi kolam ikan dorang kakak lagi ni.  Nanti ada masa saya mau buat entry pasal kolam ikan kakak saya pula.



Shaklee Malaysia baru-baru ni ada umumkan pasal insentif Shaklee.  Kamu tauka dalam Shaklee kita boleh dapat 3C iaitu Cash, Car dan  Convention.  Saya setakat ni baru dapat satu C iaitu Cash.  Dulu-dulu ada terima insentif dari Shaklee tau tapi sudah lupa tahun berapa.  Memang happy la dapat duit tambahan dari Shaklee selain duit bonus.

Ni contoh bonus rank Supervisor tapi bergantung kepada usaha sendiri.  Boleh naik turun juga ni.  Jadi jangan ingat sentiasa indah.  Saya tidak menjanjikan income kamu dapat sentiasa kebabom.  Kena komited dengan bisnes kalau mau sentiasa income 4 angka.


Memandangkan saya cuma pernah terima satu C iaitu Cash, maka sini saya kongsikan pasal insentif berbentuk tunai sajala ya.  Next time, bolehlah saya share dengan kamu insentif lain pula.  

Bagaimana Cara Untuk Dapatkan Insentif Shaklee?

Macam yang saya bagitau di atas, saya sebelum ni pernah terima insentif Shaklee selama 3 bulan berturut-turut kalau saya tidak silap.  Lupa sudah ba sebab sebelum tahun 2020 lagi tu.  Duit sudah habis jangan lagi dikenang bilang orang tapi saya ingat tahun itulah banyak cukai saya kena bayar.  Besar income besar jugala bayaran cukai sama kerajaan.  Akur sajala sebab rakyat Malaysia yang bertanggungjawab la katakan.

Okay baik sini saya bagitau macamana mau dapatkan insentif Shaklee ni.  Pertama sekali mestilah kamu mesti jadi ahli Shaklee dulu.  Jadi ahli Shaklee baru kamu akan dapat banyak kelebihan.  Contohnya dapat harga murah/harga ahli sama macam harga yang saya bayar sama Shaklee.  Tiada istilah dalam Shaklee leader akan dapat harga lebih murah dari ahli Shaklee.  Sama juga harga ya untuk semua ahli Shaklee.  Best kan.

Sekarang ni ada promosi Shaklee dengan Set Rahmah.  Memang murah betul tau.  Dengan pembelian Set Rahmah ni serendah RM99 kamu sudah beli jadi ahli secara automatik.  Mau lagi banyak penjimatan ambil Set Rahmah RM188 yang free keahlian dan free postage.  Banyak penjimatan ni tau.  



Jual Set Rahmah banyak-banyak ni boleh bantu dapatkan bonus 4 angka


Untuk pendaftaran Shaklee, sila berhubung dengan saya.  Saya akan kasi daftar kamu dan akan guide kamu juga.  Jangan risau sebab kita ada team bisnes yang besar yang saling support.

Lepas sudah kamu register, nah kamu bolehlah sudah mula berniaga.  Macamana niaga Shaklee ni?  Mudah saja, asal saja kamu ada keinginan.  Rajin mau kongsi di media sosial yang kamu ada.  Boleh share di Facebook, Instagram, Tiktok, kongsi di blog.  Kalau belum ada blog, boleh saja create blog kamu sendiri.  Yang sudah ada Facebook boleh juga buat fb page untuk kongsikan pasal Shaklee.  Di fb page nah amburla kamu kamu punya jualan Shaklee sana.  

Macam saya, saya gunakan semua yang saya sebut di atas ni.  Saya juga kasi share poster-poster Shaklee di status WhatsApp tapi janganla ba semua pun pasal Shaklee bosan juga orang tengok status kita.  Balik-balikla ba menjual kan.  Kasi selang seli juga dengan aktiviti harian kamu supaya orang ndak bosan klik kita punya status.

Ketiga dan yang penting, lepas kamu sudah mula berniaga, pastikan ada semangat untuk terus konsisten sharing di media sosial yang kamu ada.  Jangan lepas  2 3 kali kamu share di Facebook contohnya dan tiada orang mau order, janganla pula terus kamu down.  Ni kena kental juga tau.  Kamu boleh bermula dengan makan sendiri dulu jadi baru mudah untuk kamu sharing sama orang.  Boleh ajak famili atau kawan-kawan untuk beli vitamin Shaklee.

Ni ilustrasi untuk insentif RM600


Semakin ramai customer kamu, semakin banyak la income kamu dapat dan semakin hampir la kamu untuk dapatkan instentif Shaklee.  Ringkasnya begini, bagi yang baru join Shaklee, capai rank Supervisor pada bulan Mei. Jun dan Julai kasi mantain tu rank Supervisor jadi kamu akan kena bayar instentif Shaklee pada bulan September sebanyak RM600.  Bagi yang baru join Shaklee, kamu boleh fight untuk contoh yang nombor 2 sama 3.

Kalau mau lebih detail kamu boleh terus hubungi saya.  Saya boleh bagi tau lebih jelas lagi sama kamu.  Siapa-siapa yang mau extra money zaman yang mencabar ni.  Harga barang naik memang kita lagi perlukan duit lebih berbanding tahun-tahun sudah. 


Kenapa kamu perlu fight untuk dapatkan insentif Shaklee ni?

Kita dari latar belakang yang berbeza.  Keperluan saya mungkin bukan keperluan kamu.  Kehendak saya mungkin bukan kehendak kamu.  Apa yang saya mau beli, apa yang saya idamkan mungkin juga tidak sama.  Namun saya tau ramai antara kita yang mau extra money.  Mau lebih duit untuk keperluan untuk dapatkan apa yang kamu impikan.

Jadi dengan instentif yang Shaklee bagi ni mungkin kamu boleh gunakan antaranya adalah:

1.  Bagi duit untuk mak bapa
2.  Belikan vitamin/ ubat-ubatan untuk mak bapa
3.  Buat simpanan untuk diri sendiri/ anak-anak
4.  Beli emas perhiasan / gold bar
5.  Tabungan untuk percutian
6.  Bantu keluarga yang susah
7.  Sedekah / Pemberian di rumah ibadat agama masing-masing
8.  Tabungan untuk renovate rumah / beli barang idaman 

Memang banyak cara untuk kita spend duit insentif tu.  Terpulang masing-masing kan.  Kalau diikut Insentif Shaklee RM600 tu kalau masuk market memang kejap ja habis tapi macam yang saya bagitau tadi, latar belakang kita berbeza.  Masing-masing punya keperluan dan impian berbeza kan.

Jadi dari kamu saja mau ambil peluang ni atau ndak.  Kalau kamu memang serius mau buat bisnes, mau cari income lebih, kamu memang tidak salah orang ni.  Cepat-cepat contact saya.  Jangan kasi lama.  Nanti melepas itu peluang yang ada.  Dalam bisnes Shaklee ni sistemnya adalah adil sebab itu MLM Shaklee ni patuh syariah.  Siapa rajin dia akan dapat, siapa lebih rajin dia akan dapat lebih tidak kira pangkat kamu apa.  Best kan Shaklee.


------------------------------------------------------
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#bisnesonline
#shakleesabah
#shakleesandakan

 
Mengapa mesti memilih Shaklee?

✔️ Mendapat Kelulusan KKM

✔️ Tiada Kesan Sampingan

✔️ Terbukti Berkesan

✔️ Terbukti Semulajadi

✔️ Terbukti Selamat

✔️ Harga Mampu Milik

Jangan ragu-ragu kerana produk Shaklee disahkan HALAL.

===========
CARA ORDER:
===========

☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ 
Taip ke 019 8968008
Atau klik ja link di bawah untuk wasap 

Pengedar Aktif Shaklee Sandakan

COD Shaklee Bandar Maju, COD Bandar Indah, COD Shaklee Bandar Kim Fung, COD Shaklee Bandar Prima, COD Shaklee IJM, COD Shaklee Bandar Labuk, Shaklee Sandakan, COD Shaklee Taman Sejati Ujana, Pengedar Shaklee Sabah, Pengedar Shaklee Sarawak, Pengedar Shaklee seluruh Malaysia , Pengedar Shaklee Sandakan, Pengedar Shaklee Beluran, Pengedar Shaklee Telupid, Pengedar Shaklee Ranau, Pengedar Shaklee Tenom, Pengedar Shaklee Lahad Datu, Pengedar Shaklee Tawau, Pengedar Shaklee Kuching.

EMAIL : dettis2016@gmail.com

Kesihatan Itu Kekayaan

Agen Shaklee Anda
*Dettis Muslin* 
dettismuslin.blogspot.com

PENAFIAN :

Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.





Read more...

Tips Kurus Dengan Cepat

on Saturday, 15 April 2023
Ada orang berat berlebihan tapi awal-awal lagi sudah putus asa mau kurus.  Ada juga orang lebih berat yang mau kurus tapi usaha mau kurus itu tiada.  Ada orang yang mau kurus, sudah usaha mau kurus tapi kandas di tengah jalan.  Ada pula orang yang berniat mau kurus disertai dengan usaha gigih untuk capai target berapa kilo mau buang.  Ada pula yang sudah kurus tapi mau kurus lagi. Hahahaha. 😂😂😂😂 Kamu kategori yang mana satu? Saya tiada satu pun yang saya sebutkan tu tapi saya niat mau kempiskan perut.  Buang lemak di perut.

Bah, kamu yang mau kurus yang sudah cuba macam-macam cara tapi tidak juga berjaya mari cuba pula cara saya ni.  Semoga perkongsian simple saya ini membantu kamu yang berniat mau kurus.

5 Tips Kurus Dengan Cepat

1. Kurangkan Pengambilan Kalori

Ini adalah tips paling penting bagi mereka yang mau kurus.  Kena belajar untuk kurangkan pengambilan kalori setiap kali makan.  Macamana cara mudah mau tau kita kurangkan pengambilan kalori?  Ikut cara ini.  Amalkan makan suku-suku separuh.  


Pinggan Sihat Suku-Suku Separuh

Suku: Nasi/Mi/Roti
Suku: Ikan/Ayam/Daging/Kekacang
Separuh: Buah-buahan dan sayur-sayuran


2. Kurangkan Pengambilan Gula

Gula terlebih boleh jadi racun pada badan kita.  Maksud saya di sini racun tu boleh menjadi penyebab kepada macam-macam masalah kesihatan antaranya adalah kencing manis (diabetes).  Gula berlebihan menjadi punca kepada kegemukkan.  Kalau kamu betul-betul mau kurus kena kurangkan pengambilan gula.  Bagi kamu yang biasa minum manis, buat kuih manis-manis nah kasi kurang-kurangla tu manis ya.  Biar minuman dan makanan kita kurang manis tapi senyuman kita manis semanis gula. 

3. Banyakkan minum air kosong



Kebanyakan kita bila rasa lapar terus mencari makan.  Sepatutnya jika kita rasa lapar, perkara pertama kita cari adalah air.  Mungkin masa itu kita cuma lapar air bukan lapar makan.  Jika lepas minum air kosong masih lapar, barula cari makan.  Pilih makanan yang rendah kalori atau seperti yang saya sebut di atas makan suku-suku separuh.  Namun lebih baik makan buah-buahan.  


4. Cuba Intermittent Fasting (IF)

Kalau kamu yang beragama Islam, saya rasa tidak susah juga untuk kamu cuba buat Intermittent Fasting (IF).  Cuba amalkan IF 16:8.  16 jam puasa dan 8 jam lagi masa untuk makan tapi makan buah, sayur dan minum air.  Elakkan daripada melantak makan masa ni.  Jangan pula gunakan masa 8 jam tu untuk berabis kamu makan.  Sia-sia juga IF kamu tu.

Anda mungkin berminat untuk membaca Apa itu intermittent fasting?


5. Bersenam

Tips kurus cepat ni jangan kamu skip.  Jangan skip aktiviti bersenam.  Bersenam dan bersukan ni dapat membakar kalori dan juga lemak badan dengan lebih cepat.  Bersenamlah setiap hari selama sekurang-kurangnya 30 minit.  Bagi kamu yang kerja separuh hari atau ada masa terluang di sebelah lewat petang, boleh juga kamu pigi berjoging dan berlari.  Mana-mana cara yang kamu mampu tapi janganla pula sikit-sikit bilang ndak mampu nah kalau begitu lambat atau ndakla ba tu kamu pandai kurus.  Niat sajala kalau begitu. 

6. Amalkan Pengambilan Vitamin, Mineral dan Garam Galian

Makanan kita sekarang yang kita makan di kedai yang kita beli di pasar itu sudah kurang atau mungkin sudah tiada vitamin dan garam galian.  Tidak macam zaman nenek moyang kita dulu.  Sayur, ikan, ayam dan buah semuanya segar-segar.  Kaya dengan vitamin.  Kekurangan vitamin, mineral dan garam galian inilah yang jadi punca kita selalu cari makan, selalu mau mengunyah.

Apa vitamin yang kamu kena ambil untuk kurus?

1. Multivitamin

Dalam Shaklee ada vitamin yang lengkap dengan vitamin dan mineral.  Namanya Vitalea.  

✅Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.



2. Set Hello New You Shaklee


Kurus dengan Set New You Shaklee


Supplemen Shaklee dapat membantu untuk menurunkan berat badan secara semulajadi, sihat, selamat dan tanpa kesan drastik melalui tiga konsep iaitu : 

✅ BAKAR 
✅ BUANG 
✅ BINA 


AGEN PEMBAKAR DAN PEMECAH LEMAK : OMEGA GUARD

FUNGSI OMEGA GUARD 

🔥Membantu elakkan pembentukan lemak 
🔥Menggalakkan pembakaran lemak 
🔥Membantu turunkan tahap kolestrol 
🔥Membantu mencegah saluran darah yang tersumbat 


AGEN DETOX DAN BUANG TOKSIN : HERBLAX

FUNGSI HERBLAX 

✅ Membantu masalah sembelit
✅ Membantu singkirkan toksin dari usus
✅ Membantu lebih lawas


AGEN PEMBINA OTOT : CINCH  

FUNGSI CINCH

👉🏻 Memperlahan aliran makanan dalam usus yang menjadikan kita rasa kenyang  lebih lama dan kurang mau makan.
👉🏻 Mempunyai INDEKS GLISEMIK yang rendah.  Makanan GI rendah akan membebaskan glukosa dengan perlahan-lahan dan akan meningkatkan glukosa dan hormon insulin secara berperingkat.
👉🏻 Mempunyai kandungan leucine yang dapat menjaga tisu otot ketika proses penurunan berat badan.  Elak daripada otot menggeleber.

Semoga perkongsian Tips Kurus Dengan Cepat ini bermanfaat kepada kamu semua.  Suka juga saya kongsikan feedback pengguna yang amalkan vitamin Shaklee ni.

Testimoni pengguna set kurus






Kalau kamu mau join Shaklee, mau cuba makan vitamin Shaklee, contact saya saja ya.  Ada link di bawah ni.  Kamu klik saja. Yang mau cuba vitamin pun boleh yang mau jadikan sebagai bisnes juga boleh. Jom jom join team saya.  Jangan risau team saya ada komuniti besar.  Ada leader yang akan membantu.  Ada support group juga.  Kalau ada soalan, saya akan cuba jawab kalau tidak dapat, kami ada support group juga.  Jangan risau ya.

#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#bisnesonline
#shakleesabah
#shakleesandakan

 
Mengapa mesti memilih Shaklee?

✔️ Mendapat Kelulusan KKM

✔️ Tiada Kesan Sampingan

✔️ Terbukti Berkesan

✔️ Terbukti Semulajadi

✔️ Terbukti Selamat

✔️ Harga Mampu Milik

Jangan ragu-ragu kerana produk Shaklee disahkan HALAL.

===========
CARA ORDER:
===========

☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ 
Taip ke 019 8968008
Atau klik ja link di bawah untuk wasap 

Pengedar Aktif Shaklee Sandakan

COD Shaklee Bandar Maju, COD Bandar Indah, COD Shaklee Bandar Kim Fung, COD Shaklee Bandar Prima, COD Shaklee IJM, COD Shaklee Bandar Labuk, Shaklee Sandakan, COD Shaklee Taman Sejati Ujana, Pengedar Shaklee Sabah, Pengedar Shaklee Sarawak, Pengedar Shaklee seluruh Malaysia , Pengedar Shaklee Sandakan, Pengedar Shaklee Beluran, Pengedar Shaklee Telupid, Pengedar Shaklee Ranau, Pengedar Shaklee Tenom, Pengedar Shaklee Lahad Datu, Pengedar Shaklee Tawau, Pengedar Shaklee Kuching.

EMAIL : dettis2016@gmail.com

Kesihatan Itu Kekayaan

Agen Shaklee Anda
*Dettis Muslin* 
dettismuslin.blogspot.com

PENAFIAN :

Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
------------------------------------------------------


  ------------------------------------------------------

Read more...