Salam sejahtera semua. Bila sebut tentang bisnes online teringat saya kenapa saya tiba-tiba terjebak dengan bisnes Shaklee ni. Kamu tauka saya ni memang pemalu kalu buat berjualan walau pun masa buat degree dulu minor adalah Pengajian Perniagaan. Bisnes-bisnes ni memang ndakla saya mau buat tapi ada cerita di sebalik saya bergiat aktif dengan bisnes online terbaik Malaysia ni.
Jadi kalau ada siapa-siapa di luar sana yang mau buat bisnes online tapi masih ragu-ragu, masih malu-malu hah kamu bagus teruskan membaca perkongsian saya ni. Moga kamu mendapat sesuatu, mendapat inspirasi atau mendapat kekuatan berbisnes dari perkongsian saya ni. Saya harap begitulah ya khususnya kamu yang mau mencari side income atau memang mau menjadikan bisnes online ni sebagai sumber pendapatan untuk membantu menyara keluarga.
Begini ceritanya kenapa saya tiba-tiba terberani mau berbisnes. Sebelum saya join bisnes Shaklee ni saya ada buka restoran dengan adik dan seorang lagi kawan masa sekolah menengah. Tidaklah rapat sangat tapi memang berkawan jugala. Sebenarnya, dia yang ajak untuk buka restoran ni. Kalau saya memang ndakla. Adakan saya bagitau awal-awal tadi saya memang pemalu bab-bab berniaga ni. Lebih-lebih lagi bab-bab memasak ni saya ke laut paling dalam. Hahaha...Masak air ja la paling pandai.haha
Dipendekkan cerita, akhirnya kami running la restoran selama entah berapa lama saya pun sudah lupa. Benda yang ndak best tidak perlu untuk dikenang-kenang jadi saya ingat sikit-sikit sajala kalu time frame tu memang saya sudah lupa. Saya pendekkan cerita lagi, tidak mau cerita banyak nanti terbuka aib orang. Selepas kami tutup restoran (stop berniaga) mungkin dalam setahun lepas tutup tu adala pula agen TM ni telefon minta kutip bayaran talian internet.
Saya memang sudah cut tu talian sebab nama saya punya kan. Pada masa sama restoran tu masih on dan kawan saya yang teruskan berniaga di sana. Berbalik pada cerita agen TM tadi, dia call bagitau saya perlu bayar 2 ribu lebih bil yang tertunggak. Saya pun bagitau jugala yang saya sudah cut talian tu dan sepatutnya bil tidak begitu banyak. Agen tu kata jika tiada bayaran sehingga petang jam 5, saya kena hadir ke mahkamah di Shah Alam dan memandangkan saya berada di Sabah, maka kes itu akan dipindahkan ke Kota Kinabalu.
Saya punyala panic masa tu bila sebut saja pasal mahkamah. Iyala bikin malu ba tu walau pun bil tu bukan sepatutnya saya yang bayar. Saya rasa masa itu saya ada terfikir juga untuk bayar di pejabat TM tapi memandangkan masa tu dalam jam 4 (kalau saya ndak silap) saya pikir-pikir akan ambik masa juga untuk ke pejabat TM. Jalan jem lagi nanti. Agen tu pula cakap buat saja bayaran secara online.
Paling saya ingat hari tu adalah hari gaji kakitangan kerajaan. Duit memang cukup untuk buat bayaran. Apa lagi saya pun teruslah buka online banking untuk transfer amaun yang disebutkan oleh agen tadi untuk buat bayaran. Punyalah saya sedih duit gaji berbaki sikit sahaja lagi dalam sekelip mata. Duit saya terbuang begitu sahaja. Bayaran yang terpaksa saya tanggung yang bukan disebabkan oleh saya sendiri. Sedih wei.
Kesedihan saya itulah yang membuatkan semangat untuk buat bisnes sebab saya mau ambik balik duit saya yang terbuang tanpa ada apa-apa. Maka saya bagitau kawan saya Emelda untuk guide saya macamana buat bisnes Shaklee ni. Sebenarnya saya sudah join jadi ahli sebelum itu tapi macam yang saya cakap walau pun sudah c Mel ni mengajak saya buat bisnes tapi saya kan pemalu.
Nah, akhirnya saya pun mulala belajar dari kosong. Syukur Mel ni satu sekolah dengan saya, dialah yang banyak ajar saya macamana buat order online, register ahli secara online, cerita sama saya macamana mau dapat bonus dalam bisnes.
Begitu juga upline saya Yati Adam ajar saya macamana buat blog, macamana buat entry blog. Super upline saya Master Norwina Hadin banyak bagi panduan, dorongan walau pun kami ndak pernah berjumpa tapi ikatan kami dalam team bisnes ini sangat kuat. Blog yang saya ada sekarang ni dettismuslin.blogspot.com saya upah orang untuk buat. Dulu-dulu ndakla saya pandai ba. Jadi upah orang ja la kalau saya tidak silap RM60. Lupa sudah ba.
Kalau diingat balik memang kenangan betullah tiba-tiba terjebak berbisnes Shaklee. Daripada berat mulut terus pandai sudah sharing-sharing sama orang vitamin atau produk lain Shaklee. Senang sikit mau sharing sebab semua produk dalam Shaklee sudah pernah cuba pernah makan pernah guna dan hampir 90% produk Shaklee saya consume. Terbaikla bisnes Shaklee ni. Saya guna saya makan saya kongsi saya jual. Itu barulah agen Shaklee terbaik.
Nah, kamu sudah kan tau kenapa saya terjebak dalam bisnes Shaklee ni dan sekarang saya masih setia bersama Shaklee sejak 2014. Sudah 9 tahun bersama Shaklee dan bukan saja buat bisnes tapi juga sendiri dan keluarga saya juga consume Shaklee ni. Bagi saya Shaklee adalah Bisnes Online Terbaik Malaysia.
5 Sebab Kenapa Bisnes Online Shaklee Terbaik di Malaysia?
1. Website Shaklee User Friendly
Website Shaklee ni sangat mesra pelanggan. Senang mau belajar. Senang ja kita explore website dia. Kamu boleh pilih bahasa yang kamu mau. Ada 3 bahasa disediakan. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Kalau saya, walau pun ndak cun BI saya pilih juga Bahasa Inggeris tapi kalu mau membaca lebih banyak info saya merujuk juga Bahasa Melayu. Best kan.
2. Mudah Untuk Semua Orang
Kenapa saya cakap mudah untuk semua orang? Berkait juga dengan yang di atas ni User Friendly. Budak sekolah pun boleh buat order vitamin tapi join Shaklee ni hanya untuk umur 18 tahun sajala. Yang budak-budak tu disuruh belajar rajin-rajin dulu. Hihihi. Tapi boleh saja bah tu bantu mama dorang kalau ada yang tidak difaham. Manatau kamu boleh terus naik jadi rank master. Nah ini bisnes boleh diwarisi oleh anak-anak tau. Best kan.
3. Benarkan Buat Marketing Semua Platform Kecuali e-commerce
Lagi best ni bisnes kan sebab kita boleh buat marketing di semua platform media sosial. Boleh sharing di Facebook, Instagram, Tiktok, Twitter atau Blog tapi kena ikut tau undang-undang yang sudah ditetapkan oleh Shaklee. Walau pun boleh ikut suka mau buat marketing tapi kena akur dengan rules Shaklee. Kalau tidak ikut Shaklee akan buat tindakan kepada ahli Shaklee yang buat salah tu contohnya ditarik dia punya keahlian.
Kamu kena tau ya, Shaklee tidak benarkan ahli Shaklee untuk buat marketing di e-commerce macam Lazada dan Shopee.
4. Bahan Marketing Disediakan Company
Bagi kamu yang tidak tau buat poster tapi mau buat marketing di media sosial yang kamu ada, boleh saja gunakan bahan marketing yang Shaklee sediakan. Tinggal kita ambik dan kongsi saja. Mudah ba kan dan bukan saja bahan disediakan oleh company, team dalam bisnes kami juga ada sediakan banyak bahan sampai kita mau muntah. Terlampau banyak poster boleh jadi bahan untuk kita berkongsi.
Anda mungkin berminat untuk baca: sebab kenapa community bisnes shaklee terbaik
5. Pasaran Luas
Jangan kamu risau atau terpikir eh saya join bisnes ni boleh pigi jauh ka? Ada untung juga kaini kalau saya join? Tepuk dada tanya hati. Kamu memang betul-betul ada hatika mau berbisnes. Betul-betul ka mau cari income? Shaklee ni belum pernah lagi gagal untuk bayar bonus kepada ahlinya walau pun bonus 6 angka ya. Tidak pernah gagal lagi. Makanya pasaran Shaklee ni luas.
Untuk pengetahuan kamu yang belum tau, Shaklee adalah pengeluar dan penjual vitamin. Shaklee ada kilang sendiri bukannya Shaklee ambil vitamin company lain dan jual. Jadi, Shaklee lebih diyakini. Pasaran Shaklee adalah seluruh dunia. Kalau di Malaysia, nah besar ba ni Malaysia. Penduduk Malaysia pun ramai. Luas pasaran kalau kita mau berbisnes sebab ramai sudah orang sekarang ni peka kepada kepentingan menjaga kesihatan dengan pengambilan suplemen atau vitamin. Jadi besar peluang kita dalam bisnes ni dari kita saja mau buat kan ndak.
Nah cukuplah 5 sebab saya kasitau kamu kenapa Shaklee adalah Bisnes Online Terbaik Malaysia. Saya juga ada kasitau kamu kenapa saya boleh terjebak dalam bisnes Shaklee ni secara serius.
Ada ramai orang buat bisnes online dengan pelbagai sebab.
✅ Ada orang buat bisnes sekadar mengisi lapang
✅ Ada juga mungkin sebab meneruskan bisnes keluarga
✅ Ada juga buat bisnes sebab mau cari pendapatan sampingan
✅ Ada juga buat bisnes sebagai sumber pendapatan keluarga
✅ Ada juga buat bisnes online sebab mau masa bersama anak-anak
Apapun tujuan kamu, saya doakan yang terbaik dan saya harap kamu tidak tersilap pilih bisnes. Saya sudah pernah buat bisnes kedai makan memang penat dan kena banyak masa di restoran mana lagi mau beli barang basah dan kering. Mau jaga pekerja lagi yang ada berjuta karenah. Memang tidak sesuai dengan dengan saya yang punya kerja hakiki. Bisnes online Shaklee inilah yang terbaik.
------------------------------------------------------
Kalau kamu mau join Shaklee, mau cuba makan vitamin Shaklee, contact saya saja ya. Ada link di bawah ni. Kamu klik saja. Yang mau cuba vitamin pun boleh yang mau jadikan sebagai bisnes juga boleh. Jom jom join team saya. Jangan risau team saya ada komuniti besar. Ada leader yang akan membantu. Ada support group juga. Kalau ada soalan, saya akan cuba jawab kalau tidak dapat, kami ada support group juga. Jangan risau ya.
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#bisnesonline
#shakleesabah
#shakleesandakan
Mengapa mesti memilih Shaklee?
✔️ Mendapat Kelulusan KKM
✔️ Tiada Kesan Sampingan
✔️ Terbukti Berkesan
✔️ Terbukti Semulajadi
✔️ Terbukti Selamat
✔️ Harga Mampu Milik
Jangan ragu-ragu kerana produk Shaklee disahkan HALAL.
===========
CARA ORDER:
===========
☎️ Call/ SMS/WhatsApp/
Taip ke 019 8968008
Atau klik ja link di bawah untuk wasap
Pengedar Aktif Shaklee Sandakan
COD Shaklee Bandar Maju, COD Bandar Indah, COD Shaklee Bandar Kim Fung, COD Shaklee Bandar Prima, COD Shaklee IJM, COD Shaklee Bandar Labuk, Shaklee Sandakan, COD Shaklee Taman Sejati Ujana, Pengedar Shaklee Sabah, Pengedar Shaklee Sarawak, Pengedar Shaklee seluruh Malaysia , Pengedar Shaklee Sandakan, Pengedar Shaklee Beluran, Pengedar Shaklee Telupid, Pengedar Shaklee Ranau, Pengedar Shaklee Tenom, Pengedar Shaklee Lahad Datu, Pengedar Shaklee Tawau, Pengedar Shaklee Kuching.
EMAIL : dettis2016@gmail.com
Fb page: fb.jomsihatcantik
Kesihatan Itu Kekayaan
Agen Shaklee Anda
*Dettis Muslin*
dettismuslin.blogspot.com
PENAFIAN :
Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
------------------------------------------------------
0 comments:
Post a Comment