Hai semua pengunjung blog dettismuslin.blogspot.com. Terima kasih sudi singgah. Saya doakan kalian semua diberikan kesihatan yang baik, diberikan kehidupan yang sentiasa gembira dan bahagia bersama orang tersayang serta rezeki yang melimpah ruah.
Sebelum ini saya telah mengongsikan 2 entry dalam Projek Blog Mega 1.0. Syukur kepada Tuhan saya dapat menyiapkan dua entry iaitu berkaitan dengan Intermittent Fasting dan juga Set Kurus Shaklee yang paling berkesan. Walaupun sebenarnya saya tidak sempat menghantar tugasan pertama tepat pada masa namun saya tetap usahakan untuk menyiapkannya supaya saya boleh linkkan dengan entry saya yang kedua. Saya tau akan ada impak besar kepada bisnes Shaklee saya ini.
Sebenarnya Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni adalah idea Master Norita yang merupakan super duper upline saya dengan bantuan moderator Master Salwa. Terima kasih kerana sudi menjemput semua SID walau pun bukan dalam team Master Norita. Projek Blog Mega 1.0 ini berlangsung selama dua minggu dengan penyertaan sebanyak 159 orang blogger termasuklah blogger baharu. Terlalu banyak sambutan pada projek ini tau. Sudah tentu saya berasa sangat bertuah kerana berada di bersama mereka yang hebat-hebat dalam projek ini.
Saya amat berterima kasih juga tentunya dengan super upline saya Master Norwina yang biasa saya panggil maktok yang mengajak saya untuk menyertai Projek Blog Mega Shaklee 1.0. Beliau juga banyak mendorong dan membantu saya dalam bisnes Shaklee dan pastinya juga sepanjang projek ini. Begitu juga dengan upline saya Mama Yati Adam. Blog saya ini sebenarnya wujud dengan bantuan Mama Yati. Walau pun kami tidak pernah bersua muka namun itu bukan penghalangnya untuk kami berkongsi ilmu. Text dalam WhatsApp secara personal mahupun dalam group tidak ketinggalan kami juga pernah Google Meet dan bertelefon. Sekali lagi terima kasih kepada mereka dan tidak dilupakan sahabat saya Emelda. Kawan saya inilah yang membawa saya dalam dunia bisnes Shaklee ini.
Baiklah, berbalik kepada tajuk entry saya kali ini iaitu Feedback dan Review Projek Mega Shaklee 1.0, projek ni sangat best sebab pencetus idea iaitu Master Norita mau mengembalikan semula aura Shaklee itu sebenarnya. Mahu Shaklee ini lebih dikenali lebih ramai orang dan menjadi carian orang yang mementingkan kesihatan.
Apa yang saya rasa, apa yang saya dapat, apa yang saya nampak, apa yang saya harapkan dan apa sebenarnya target saya untuk menyertai Projek Blog Mega Shaklee 1.0.
1. Dapat Kenalan Baru
Tugasan pertama kami dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0 adalah menulis satu entry berkaitan Intermittent Fasting. Kami telah diberikan sparring partner yang mana kami perlu berhubung dengan dua sparring partner untuk kami berikan link entry (kepada orang bawah kami) manakala kami pula perlu dapatkan link partner (partner atas kami). Kedua-dua sparring partner ini saya tidak kenal. Kami berhubung melalui text WhatsApp. Nah, di sinilah saya boleh menambah kenalan baru. Kenalan baru ni namanya Aszda, Roziah dan untuk tugasan yang kedua berkaitan dengan Set Kurus Shaklee, saya dapat lagi dua orang kenalan baru iaitu Juliet Deosing dan Master Azlin. Semua kenalan baru saya ni hebat-hebat.
Seperti yang saya bagitau di atas ni, blog saya last update adalah pada 17 Julai 2021. Memang bersarang sangatlah blog saya ni. Banyak sangat sawang 😅😂😆. Syukur masih belum hilang dari radar. Sebelum ni saya pernah dapat customer dari blog tapi entah kenapa saya jadi malas mau update blog.
Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini bangkitkan semula semangat saya untuk menulis entry. Untuk update blog. Saya mau dapat semula customer Shaklee dari blog sebab blog ni sebenarnya paling mudah. Tidak perlu buat video. Hanya menulis dan tempek gambar berkenaan. Boleh dijadikan kedai 24 jam kita. Itulah yang saya harapkan. Kita tengah tidur pun kedai blog kita masih on. Customer masih boleh buat carian dalam google. Best tak best? Saya boleh lihat mereka yang aktif update blog ni memang nampak kesan positif. Dapat ramai customer dari blog. Semoga saya juga seperti mereka yang berjaya dan semoga saya juga konsisten seperti mereka untuk terus berkongsi kebaikan Shaklee ini.
4. Dapat Hadiah Sebagai Pembakar Semangat
Syukur pencetus idea Master Norita sangat bermurah hati untuk menaja hadiah kepada semua peserta yang dapat menyiapkan tugasan. Hadiah yang disediakan oleh Master Norita adalah Vivix (lebih daripada 15 pemenang), Collagen, Nutriferon (lebih 50 pemenang) dan juga disediakan exclusive special prize (saya lah antara penerimanya ni). Tidak sangka pula dapat hadiah sebab tugasan pertama saya tidak dapat siapkan tepat masa disebabkan oleh kesibukan kerja hakiki dan sebenarnya pada hari terakhir itu saya usahakan juga untuk siapkan namun tidak mampu lagi untuk bertahan memandangkan sakit migrain kembali datang. Kesihatan yang kurang baik pada malam itu (sampai muntah-muntah) maka saya terpaksa beralah dan berharap akan dapat menyiapkan tugasan yang kedua.
Yeah dapat hadiah misteri
Sekali lagi syukur dan terima kasih kepada Master Norita yang bermurah hati untuk memberikan hadiah-hadiah tersebut walau pun sebenarnya hadiah itu bukanlah sebab utama untuk menyertai Projek Blog Mega Shaklee 1.0 namun sedikit sebanyak dijadikan sebagai pembakar semangat. Siapa tidak mau dapat hadiah percuma kan.
Apa sebenarnya yang saya target untuk menyertai projek Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni dan kenapa saya mau join Projek Blog Mega Shaklee 2.0?
1. Blog saya menjadi page pertama dalam carian google. Setakat ini saya pernah dapat 563 view berkaitan kanser serviks.
Entry paling banyak view
Jadi dengan join Projek Blog Mega Shaklee 2.0 ini saya mengharapkan view yang lagi ramai agar saya dapat membantu lebih ramai orang yang sedang mencari ilmu kesihatan, sedang mencari suplemen kesihatan yang terbaik.
2. Mengembangkan empayar bisnes Shaklee.
Sudah semestinyalah selain untuk menjadikan blog saya mendapat tempat di page pertama, saya juga mahukan new customer daripada blog saya ini. Saya mahu mengembangkan empayar bisnes Shaklee saya yang agak lambat mau 'grow' disebabkan belum lagi berjumpa dengan orang yang ingin sama-sama buat bisnes Shaklee. Kalau empayar berkembang, sudah tentu ramai orang di luar sana akan sama-sama mendapat sumber pendapatan sama ada pendapatan Shaklee itu merupakan income utama atau sebagai side income seperti mana yang saya lakukan sekarang.
Duit atau kekayaan tidak dapat membeli bahagia tapi dengan duit kita boleh membuat orang lain bahagia. Kita juga boleh bersedekah dengan duit yang kita ada. Banyak yang kita boleh buat dengan kelebihan duit kita. Itulah di antara sebabnya kenapa saya mahu join Projek Mega Shaklee 2.0 ini. Semoga rezeki saya dan kita semua akan berkelimpahan dan dapat digunakan ke arah kebaikan.
#shakleethrive2023
#blogmegashaklee
2 comments:
Semangat betul sa baca ni.. Tahniah don... Tulisan dan luahan hati yg baik.
Terima kasih my leader yg baik. Selalu ada untuk membantu.
Post a Comment