Renewal Mudah Dengan Shaklee

on Saturday 27 May 2023

Hai semua kamu pengunjung blog saya.  Salam sejahtera semua.  Saya doakan kamu semua sihat dan gembira hendaknya bersama keluarga khususnya cikgu-cikgu yang tengah cuti sekolah penggal 1 sekarang ni.  Semoga rakan-rakan guru dapat manfaatkan masa cuti ini bersama keluarga di samping menyiapkan tugasan sekolah yang ada. 





Kali ini saya mau kongsikan pula tentang renew keahlian Shaklee.  Ada ahli baru bila dia submit data untuk saya daftarkan keahlian akan tanya soalan macam ni:

๐Ÿ‘‰Keahlian ni seumur hidupkah?
๐Ÿ‘‰Perlu renew tiap tahun ka?
๐Ÿ‘‰Kalau expired macamanala keahlian saya ni?
๐Ÿ‘‰Kalu lama tidak membeli vitamin, macamana?
๐Ÿ‘‰Saya ni bukan mau buat bisnes, macamana dengan keahlian saya?

Mungkin ada dalam kalangan rakan bisnes Shaklee saya juga menerima soalan yang sama.  Tidak salah untuk bertanya ya.  Itu paling bagus bertanya jika tidak tau atau tidak pasti.  Bila sudah tau, nanti taula apa kena buat selepas itu.  Betul kan?

Sebelum ini keahlian Shaklee adalah seumur hidup namun bermula tahun 2016-2017, Syarikat Shaklee memperkenalkan syarat baru.  Sesiapa ahli yang tidak aktif selama dua tahun, namanya akan hilang dalam sistem keahlian Shaklee.  Lama juga tu dua tahun.  Ada banyak masa lagi untuk ahli yang sudah expired untuk renew keahliannya.

Mudah sahaja untuk kita tahu bila keahlian kita akan expired iaitu pada tarikh lahir kita.  Mesti kita semua ingat tarikh lahir kan.  Takan tarikh lahir sendiri boleh lupa.  Shaklee sangat memudahkan setiap ahlinya.  Selain itu, kita juga akan terima sms dan juga email dari Shaklee yang menyatakan bahawa keahlian kita hampir tamat tempoh.  Jadi tiada alasan la kan terlupa untuk renew keahlian.

Kenapa perlu renew keahlian Shaklee?

1. Dapat beli produk dengan harga ahli
2. Dapat nikmati diskaun harga yang lebih murah semasa promosi


Kalau kamu ni mau jadikan bisnes Shaklee sebagai pendapatan, maka perlu untuk kamu renew keahlian tapi biasanya mereka yang berbisnes Shaklee ni akan dapat renew secara automatik melalui pembelian vitamin setiap bulan.

Bagaimana renew keahlian Shaklee?

1.  Bagi yang sudah lupa sama ada keahlian masih aktif atau belum, kamu boleh semak terlebih dahulu status keahlian dengan hubungi saya.  Saya sedia membantu kamu.

Setelah semakan dibuat dan didapati bahawa keahlian kamu sudah luput lebih dari setahun (nama tiada dalam sistem), kamu boleh daftar dengan berhubung secara terus dengan saya untuk pendaftaran semula keahlian Shaklee dengan cara:

๐Ÿ‘‰  Bayar RM35 keahlian atau, 
๐Ÿ‘‰ Belian produk 100UV atau apa-apa produk promosi yang Shaklee berikan keahlian PERCUMA.



Contoh promo untuk keahlian PERCUMA

Dalam organisasi saya ada juga yang sudah hilang namanya dalam sistem kemudian hubungi saya untuk pembelian produk.  Kalau pembelian kurang dari 100UV atau bukan produk promosi keahlian percuma, maka ahli tersebut kenala bayar RM35.  Sayang kan kena bayar semula jadi saya sarankan untuk elak daripada bayaran RM35 tu, belilah item 100UV atau belilah produk promosi keahlian untuk lebih penjimatan.

2. Kalau status keahlian kamu luput kurang daripada 1 tahun dari tarikh akhir pembelian, status kamu yang dipaparkan dalam sistem adalah EXPIRED tapi masih boleh renew. 


Paparan dalam sistem menunjukkan ahli yang expired dan aktif

Dalam organisasi saya ada juga yang lama tidak membeli vitamin menyebabkan status dorang jadi expired macam contoh di atas ni.



Contoh renew keahlian dengan pembelian item paling murah


Kalau kes yang macam ini, kamu boleh saja beli minimum 1 item serendah RM34 iaitu 1 tiub herbal blend seperti dalam gambar di atas.  Cara kedua ialah kamu beli produk promosi keahlian percuma (jika ada promosi pada bulan tersebut) untuk aktifkan semula ID.  Biasanya ahli dalam team saya yang status expired akan beli produk promosi sebab harganya jauh lebih murah berbanding biasa.  Harga promosi ini menarik lebih ramai ahli berstatus expired untuk renew keahlian Shaklee.

Jadi bagi kamu yang sudah expired keahlian atau tidak tau sudah expired keahlian, hubungi saya sahaja saya sedia membantu kamu.  Cepat-cepat contact saya tau.  Jangan kasi lama.  


------------------------------------------------------
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#bisnesonline
#shakleesabah
#shakleesandakan

 
Mengapa mesti memilih Shaklee?

✔️ Mendapat Kelulusan KKM

✔️ Tiada Kesan Sampingan

✔️ Terbukti Berkesan

✔️ Terbukti Semulajadi

✔️ Terbukti Selamat

✔️ Harga Mampu Milik

Jangan ragu-ragu kerana produk Shaklee disahkan HALAL.

===========
CARA ORDER:
===========

☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ 
Taip ke 019 8968008
Atau klik ja link di bawah untuk wasap 

Pengedar Aktif Shaklee Sandakan

COD Shaklee Bandar Maju, COD Bandar Indah, COD Shaklee Bandar Kim Fung, COD Shaklee Bandar Prima, COD Shaklee IJM, COD Shaklee Bandar Labuk, Shaklee Sandakan, COD Shaklee Taman Sejati Ujana, Pengedar Shaklee Sabah, Pengedar Shaklee Sarawak, Pengedar Shaklee seluruh Malaysia , Pengedar Shaklee Sandakan, Pengedar Shaklee Beluran, Pengedar Shaklee Telupid, Pengedar Shaklee Ranau, Pengedar Shaklee Tenom, Pengedar Shaklee Lahad Datu, Pengedar Shaklee Tawau, Pengedar Shaklee Kuching.

EMAIL : dettis2016@gmail.com

Kesihatan Itu Kekayaan

Agen Shaklee Anda
*Dettis Muslin* 
dettismuslin.blogspot.com

PENAFIAN :

Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Read more...

Cash Rebate Shaklee - Dapat Makan Vitamin Percuma

Hai semua kamu pengunjung blog saya.  Salam sejahtera semua.  Saya doakan kamu semua sihat dan gembira hendaknya bersama keluarga khususnya cikgu-cikgu yang tengah cuti sekolah penggal 1 sekarang ni.  Mungkin ada yang balik kampung, pigi bercuti atau duduk sahaja di rumah.  Ambil peluang cuti sekolah untuk berehat di rumah tapi yaka tu berehat?  Bukan tengah menyemak paper exam budak-budak ka?Hahaha.  

Saya ni semua yang saya sebut di atas, bercuti, balik kampung dan juga menyemak paper.  Cuti ni kenalah siapkan.  Nanti besok mau bercuti ke Kota Kinabalu saya wajib bawa vitamin Shaklee dan juga skincare Youth.  Macam-macam vitamin ada dan banyak jenis yang saya makan.  Ikhtiar untuk sihat.  Saya mau walau pun usia makin naik tapi kesihatan tetap terjaga.  Masih mampu untuk bekerja.

Hah ni la saya mau cerita ni apa yang bestnya dengan Shaklee.  Kita makan kita dapat nikmat sihat.  Bonus kulit cantik dan juga boleh dapat cash rebate.  Dengan cash rebate ni saya boleh makan vitamin dengan percuma sahaja.  Best kan.  Bukan setakat badan sihat tapi juga dapat makan percuma vitamin dengan cash rebate Shaklee.  Ni la antara sebab saya masih setia bersama dengan Shaklee.  Yala tiap-tiap bulan tu dapat cash rebate siapa tidak mau kan.


Dalam Shaklee ni siapa yang rajin dia akan dapat lebih.  Tiada istilah goyang kaki tunggu orang bawah berabisan buat sales.  Sebab itu bisnes Shaklee ni patuh syariah.  Maka rakan-rakan yang beragama Islam boleh sahaja buat bisnes Shaklee ni tanpa ragu-ragu.

Ni kiraan kasar untuk cash rebate / bonus 

Awal-awal dulu saya join Shaklee ni hanya untuk makan vitamin untuk diri sendiri.  Saya masih ingat lagi, 15hb bulan depannya duit masuk ke dalam akaun saya RM24 lebih sikit la begitu.  Kalau tengok jadual di atas ni, maksudnya saya terima 5% bonus. Dalam hati eh best juga beli vitamin untuk makan sendiri saja tapi Shaklee bagi pula cash rebate dan terus pula masuk dalam akaun tapi kan masa tu saya belum terfikir lagi mau jadikan Shaklee ni sebagai side income saya.  

Saya ni agak pemalu untuk sharing dengan orang lain.  Walau pun dulu ada juga belajar bisnes masa diploma dan masa di universiti minor saya adalah Pengajian Perniagaan tapi itu cuma teori.  Secara praktikalnya memang fail walau pun dulu kami buat projek untuk marketing kira hebat jugala kunu. Hahaha. Yalah macamana juga mau berniaga kalau pemalu kan.

Namun saya yang dari malu-malu sharing sudah berani dan bertekad untuk jadikan bisnes Shaklee ni untuk dapatkan pendapatan tambahan saya.  Ini disebabkan ada faktor yang telah mendorong saya untuk berbisnes.  Duit gaji saya yang baru sahaja masuk hari itu habis begitu sahaja untuk bayar bil yang tidak saya gunakan.  Punya saya sedih masa tu.  Syukurla ada sedikit duit simpanan untuk sambung nyawa saya sebulan sebelum gaji seterusnya.  

Kita dari pelbagai latar belakang.  Mungkin kamu orang berada yang mampu beli apa sahaja yang kamu suka.  Mungkin juga kamu ni orang yang pentingkan kesihatan dan perlu sentiasa makan vitamin dan tidak kisah pasal kosnya.  Mungkin juga kamu ni mau ikhtiar sihat tapi kurang mampu untuk beli vitamin.  Nah jadi apa kata ikuti saya untuk tahu lebih lanjut macamana untuk dapat makan percuma vitamin dengan cash rebate Shaklee.

Bagaimana Untuk Dapat Makan Vitamin Secara Percuma Dengan Cash Rebate Shaklee?

1.  Daftar sebagai  ahli Shaklee
2.  Beli dan makan vitamin Shaklee 
3.  Kongsikan kebaikan vitamin Shaklee
4.  Berniagalah dengan produk Shaklee

Mungkin kamu masih tidak berapa faham lagi kan 4 cara atau langkah yang saya kasitau di atas ni.  Em ba, sini la saya kasi terang supaya kamu lebih faham.

1.  Daftar sebagai  ahli Shaklee

Kalau mau dapat cash rebate atau bonus Shaklee, perkara utama kamu kena join jadi ahli Shaklee dulu.  Macam saya dulu kalau saya beli dengan kawan tanpa daftar saya tidak dapat apa-apa cash rebate walau pun banyak vitamin yang saya beli.  Rasa rugi kan.

Ada dua cara untuk daftar dengan Shaklee iaitu:
i)  Bayar RM35 yuran keahlian.  
ii) Beli produk Shaklee sebanyak 100UV dalam 1 invois.



Sebelum bayar RM35 atau beli produk Shaklee, daftar maklumat ahli baru dalam sistem.  Senang saja yang ni mau bikin yang penting ada hp dan talian internet.  Saya boleh saja tolong kamu untuk register ahli.  Setakat ni dalam team saya ada dalam 150 orang ahli berdaftar dengan Shaklee.  Mungkinkah kamu salah seorang yang akan join team saya?  Jangan risau, saya akan bimbing kamu ya dan ada group support juga.  Kita boleh tanya apa-apa yang kita tidak faham tentang Shaklee.


2.  Beli dan makan vitamin Shaklee 

Lepas sudah kamu kena daftar (pre-active), kamu boleh aktifkan keahlian kamu dengan buat pembelian produk Shaklee.  Bagi yang keahlian percuma tu, kamu kenalah beli 100UV punya point Shaklee.  Selain dapat keahlian percuma kamu juga dapat free postage tau.  Jimat RM35 (yuran) + RM10 (postage).  Nah jadi kalu mau beli bagus beli sampai RM300 sebab postage free tu.  


Sudah beli vitamin, jangan pula disimpan dalam rak saja tau.  Kena makan tu vitamin yang sudah kamu beli supaya kamu sendiri boleh rasa, boleh dapat kesan jadi senang kamu mau kongsi sama orang lain.  Kita akan lebih yakin sharing kalu kita sendiri dapat kesan.  Macam saya yang masih bujangan ni, saya agak susah mau kongsi set menyusu sama orang lain tapi kalu untuk set pembedahan saya ada pengalaman jadi memang senangla mau share.

3.  Kongsikan kebaikan vitamin Shaklee

Sambungan sama yang di atas ni yang lepas makan vitamin kita akan nampak perubahan atau kesan sama diri kita sendiri atau keluarga kita.  Nah jadi itu mulut kasi ringan-ringanla untuk share sama orang.  Bukan kita kena tangkap pun kalu berkongsi kebaikan Shaklee.  Kalau memang betul-betul malu mau buka mulut, boleh saja gunakan media sosial untuk berkongsi.


Macam saya, saya gunakan WhatsApp, Facebook dan juga blog.  Ini kita tidak payah jumpa direct sama orang.  Kita share saja di status WhatsApp dan juga story Facebook atau di wall kita sendiri.  Mula-mula tu mungkin orang tiada respon atau kita tidak dapat customer yalah siapala kita ni kan.  Melainkan kamu tu artis yang memang pemes.  Jual apa ja laju ja orang beli kan.  Jadi kita yang memang bukan siapa-siapa ni kenalah usaha lebih untuk terus berkongsi. 

Tengok company besar yang sudah dikenal ramai macam KFC sama MCD pun masih juga buat marketing buat iklan supaya orang sentiasa ingat sama brand dorang ni.  Jutawan di Malaysia pun yang buat bisnes jual produk masih juga buat marketing supaya sentiasa ditau apa yang dorang jual.

4.  Berniagalah dengan produk Shaklee

Bila sudah kita kongsi sama orang atau dalam media sosial yang kita ada, masa itulah kita sebenarnya sudah menjalankan proses berniaga.  Bestnya dalam Shaklee ni kita boleh saja tidak perlu pegang stok.  Ada order dari customer baru kita buat order online dalam website Shaklee tapi ada juga customer ni yang mau cepat dapat itu vitamin jadi lebih bagus jugala kalu kita simpan stok sikit-sikit.

Bagi kamu yang tiada modal, boleh pilih untuk cara pertama iaitu ada order baru beli.  Kamu kasitau saja sama customer yang barang akan sampai ke alamat yang dibagi dalam masa 3 - 5 hari.  Biasa kalau saya order Shaklee 3 hari sampai sudah melainkan musim closing (order hujung bulan) punya order la. Dalam 5 hari juga akan sampai. Best kan dengan Shaklee ni semua di hujung jari kita saja.

Dalam 1 bulan, kamu mesti dapat kumpul 150UV paling minima untuk layak dapat cash rebate tapi belum dapat lagila makan percuma vitamin.  Mau belian lebih RM600 baru dapat free vitamin.  Kalau sudah banyak kamu sharing, pasti akan ada yang jadi customer kamu tu.  Percayalah pada rezeki yang Tuhan bagi.  Pasti ada jika kita usaha dan doa.


Jadi bagi kamu yang betul-betul mau makan percuma vitamin Shaklee, marilah sama-sama kita berniaga.  Kalau kamu memang serius mau buat bisnes, mau cari income lebih, kamu memang tidak salah orang ni.  Cepat-cepat contact saya.  Jangan kasi lama.  


------------------------------------------------------
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#bisnesonline
#shakleesabah
#shakleesandakan

 
Mengapa mesti memilih Shaklee?

✔️ Mendapat Kelulusan KKM

✔️ Tiada Kesan Sampingan

✔️ Terbukti Berkesan

✔️ Terbukti Semulajadi

✔️ Terbukti Selamat

✔️ Harga Mampu Milik

Jangan ragu-ragu kerana produk Shaklee disahkan HALAL.

===========
CARA ORDER:
===========

☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ 
Taip ke 019 8968008
Atau klik ja link di bawah untuk wasap 

Pengedar Aktif Shaklee Sandakan

COD Shaklee Bandar Maju, COD Bandar Indah, COD Shaklee Bandar Kim Fung, COD Shaklee Bandar Prima, COD Shaklee IJM, COD Shaklee Bandar Labuk, Shaklee Sandakan, COD Shaklee Taman Sejati Ujana, Pengedar Shaklee Sabah, Pengedar Shaklee Sarawak, Pengedar Shaklee seluruh Malaysia , Pengedar Shaklee Sandakan, Pengedar Shaklee Beluran, Pengedar Shaklee Telupid, Pengedar Shaklee Ranau, Pengedar Shaklee Tenom, Pengedar Shaklee Lahad Datu, Pengedar Shaklee Tawau, Pengedar Shaklee Kuching.

EMAIL : dettis2016@gmail.com

Kesihatan Itu Kekayaan

Agen Shaklee Anda
*Dettis Muslin* 
dettismuslin.blogspot.com

PENAFIAN :

Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




Read more...

Kemeriahan Hari Raya Open House Sekolah

on Wednesday 17 May 2023
Hai semua.  Masih mood raya ke tu?  Raya kan sebulan.  Jadi mesti masih ada yang masih buat hari raya open house ni kan.  Ada yang buat sambutan raya di rumah masing-masing, ada juga yang buat open house di dewan, di pejabat-pejabat termasuk sekolah.  Macam sekolah kami la.  Kemarin kami baru sahaja buat hari raya open house di sekolah.  



Hah ni la yang saya mau cerita ni.  Kemeriahan Hari Raya Open House di sekolah tapi kami buat open house di kelas-kelas.  Maksudnya, setiap kelas akan buat open house di kelas masing-masing.  Memang meriah betul la sebab sekolah kami ni setiap tingkatan ada 10 kelas. 

Bayangkan 10 kelas dengan jumlah murid 1 kelas purata 35 orang.  Ramai tak ramai tu.  Ditambah lagi dengan pelajar tingkatan 6 dalam 85 orang.  Total murid 1867 la gitu tapi murid tidak semua hadir la kemarin sebab ada murid yang tak mau bayar kutipan untuk open house raya dan takkan datang semasa sambutan raya di sekolah.

Memandangkan kemarin 16 Mei 2023 juga adalah Hari Guru maka open house (kelas) dan Hari Guru disambut serentak. 2 in 1 la gitu.  Sekali arung bilang.  Sebenarnya tarikh open house ni dipinda ke hari kemarin.  Asalnya tarikh adalah pada minggu lepas tapi mungkin perbincangan pihak Kelab Keluarga Sekolah saya bersama pengetua maka tarikh 16 Mei telah diambil dan maka dengan itu peperiksaan juga tiada pada hari kemarin.  

Sebenarnya minggu ni minggu Peperiksaan Awal Tahun Sesi 2023.  Budak lepas happy-happy beraya kemarin balik rumah kena ulangkaji pula sebab hari ini kertas peperiksaan Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2.  Apa boleh buat sudah namanya student kan, tanggungjawab memang belajar.  

Berbalik pada cerita kemeriahan Hari Raya Open House Sekolah saya kemarin, guru-guru diberikan kumpulan untuk berkunjung ke kelas-kelas untuk beraya.  Pentadbir bersama guru-guru termasuk saya sendiri.  Team saya beraya ke kelas Tingkatan Empat seramai 14 orang diketuai oleh Cikgu Zai Guru Kanan Bahasa, team Pengetua pula akan berkunjung ke kelas tingkatan 5 dan 6, team PK HEM ke kelas tingkatan 3, team PK Kokum ke kelas tingkatan 2 dan Penyelia Petang ke kelas tingkatan 1.

Namun, memandangkan sekolah kami 2 sesi.  Murid sesi petang yang terdiri daripada Tingkatan 1 dan 2 buat open house kelas di tapak perhimpunan.  Tingkatan 3 - 6 di kelas masing-masing tapi ada juga yang saya nampak kemarin kelas bergabung dan buat open house di pondok sekolah (Gazebo).  Ni tentatif majlis kemarin.



Murid-murid perempuan apa lagi berbaju raya lawa-lawa dengan mekap kalah lagi cikgu o.  Kalah saya yang cuma pakai skincare Youth Shaklee tempek di muka + compact powder dan lipstick tu wajib la kalu tidak orang ingat saya sakit pula. Hahaha.  Sambutan Raya ini memang sudah menjadi satu aktiviti tradisi sekolah.  

Lauk-pauk atau juadah yang dihidangkan ikut perbincangan guru kelas dan murid.  Ada yang diberikan kumpulan oleh guru untuk membawa atau memasak, ada juga yang ditempah dari luar dan tidak kurangnya ada guru-guru yang rajin untuk memasak hidangan raya.  Pilihan ramai adalah kelas 5I sebab makanan dimasak oleh guru yang memang cun memasak.  Kalah saya yang perempuan ni sebab tau masak telur saja.hahaha



Tidak sah open house kelas kalau tiada speaker.  Lagu-lagu raya berkumandang hampir semua kelas dan ada mikrofon pula tu.  Jadi bolehla siapa-siapa untuk menyumbangkan lagu.  Sabah baini. Karoks itu biasa sudah kecuali saya la ya. Hihi sebab suara boleh memanggil hujan lebat.  Murid-murid dan guru-guru boleh ja berkaraoke dalam kelas.  Memang meriahla.  Macam juga open house di rumah ba.

Memandangkan sambutan raya dan Hari Guru serentak maka inilah antara aktiviti yang dijalankan kemarin.

1. Pertandingan Karaoke. 
    Yang ni ikut kumpulan rumah sukan.  Sepatutnya ada 2 buah lagu tapi memandangkan guru-guru perlu bergerak ke kelas/ tapak perhimpunan untuk open house kelas maka disingkatkan kepada sebuah lagu sahaja.  Keputusan belum ada tapi rasanya rumah sukan saya tempat ketiga.  Johan tu mesti rumah sukan kuning sebab penyanyi ba tu di sana.  Apa tidak juara dorang tu.

2. Menganyam Ketupat
    Aktiviti ni pun ikut rumah sukan juga.  Setiap rumah sukan hantar 4 orang wakil untuk anyam ketupat.  Saya jadi penyokong ja team saja tapi lupa pula kami tempat ketiga atau keempat.  Tunggula nanti keputusan diumumkan.



3. Jamuan Raya Mengikut Kelas
    Ini bukan pertandingan.  Ini sesi makan-makan dan bergambar saja ni.

4. Menu Raya Terbaik
    Juadah raya pun kena dipertandingkan tau tapi pemenang belum diketahui tapi kan saya rasa saya sudah tau siapa pemenangnya.  Em, tunggula ba nanti kena umum pemenang manatau ada lagi lebih bagus menu raya kelas lain sebab kemarin saya hanya dapat berkunjung ke dua kelas termasuk kelas sendiri sebab saya pembantu guru kelas.  Kesian pula mau tinggalkan guru kelas walau pun saya ada team bersama pentadbir untuk berkunjung beraya.

5. Perhiasan Kelas Terbaik
    Open house kelas kan jadi mestila kelas pun kena hias. Ala macam raya di rumah jugala hias kelas dengan tema raya dan ada kelas-kelas yang buat photo booth.  Kelas kami tidak terkecuali.  Rajin betul ba guru kelas ni.  Kalau saya tu memang ndakla sebab tiada seni ni menghias-hias segala.



Guru-guru dibenarkan balik pada jam 1 petang dan murid-murid juga mengemas sebelum balik sebab besoknya dorang kena belajar untuk tingkatan 1-3 dan exam untuk tingkatan 4 - 5.

Jumpa lagi raya kelas tahun depan. Sayonara.

Kamurang tauka sebelum saya berkunjung raya ke kelas, perkara pertama yang saya buat ialah makan Lecithin 3 biji.  Ni untuk elak lemak-lemak nanti menempel.  Juadah raya kan berlemak, berminyak jadi kena sediakan perisai dulu.  Lepas makan, saya makan omega guard, b complex dan herblax.





๐Ÿ’“Omega untuk bantu bakar lemak.
๐Ÿ’“B Complex tukar makanan kepada tenaga.
๐Ÿ’“Herblax untuk detoks usus. Walau pun raya kali ni saya tidak melantak makan sebab nanti ada marathon di Kota Kinabalu, kena juga makan herblax untuk cuci usus.

Saya sudah kongsikan meriahnya raya di sekolah tapi yang ni budak-budak besar. Sekolah menengah.  Jom baca kisah Hari Raya Open House di sekolah rendah pula.


------------------------------------------------------
------------------------------------------------------
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#bisnesonline
#shakleesabah
#shakleesandakan

 
Mengapa mesti memilih Shaklee?

✔️ Mendapat Kelulusan KKM

✔️ Tiada Kesan Sampingan

✔️ Terbukti Berkesan

✔️ Terbukti Semulajadi

✔️ Terbukti Selamat

✔️ Harga Mampu Milik

Jangan ragu-ragu kerana produk Shaklee disahkan HALAL.

===========
CARA ORDER:
===========

☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ 
Taip ke 019 8968008
Atau klik ja link di bawah untuk wasap 

Pengedar Aktif Shaklee Sandakan

COD Shaklee Bandar Maju, COD Bandar Indah, COD Shaklee Bandar Kim Fung, COD Shaklee Bandar Prima, COD Shaklee IJM, COD Shaklee Bandar Labuk, Shaklee Sandakan, COD Shaklee Taman Sejati Ujana, Pengedar Shaklee Sabah, Pengedar Shaklee Sarawak, Pengedar Shaklee seluruh Malaysia , Pengedar Shaklee Sandakan, Pengedar Shaklee Beluran, Pengedar Shaklee Telupid, Pengedar Shaklee Ranau, Pengedar Shaklee Tenom, Pengedar Shaklee Lahad Datu, Pengedar Shaklee Tawau, Pengedar Shaklee Kuching.

EMAIL : dettis2016@gmail.com

Kesihatan Itu Kekayaan

Agen Shaklee Anda
*Dettis Muslin* 
dettismuslin.blogspot.com

PENAFIAN :

Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

------------------------------------------------------

Read more...