Kemeriahan Hari Raya Open House Sekolah

on Wednesday 17 May 2023
Hai semua.  Masih mood raya ke tu?  Raya kan sebulan.  Jadi mesti masih ada yang masih buat hari raya open house ni kan.  Ada yang buat sambutan raya di rumah masing-masing, ada juga yang buat open house di dewan, di pejabat-pejabat termasuk sekolah.  Macam sekolah kami la.  Kemarin kami baru sahaja buat hari raya open house di sekolah.  



Hah ni la yang saya mau cerita ni.  Kemeriahan Hari Raya Open House di sekolah tapi kami buat open house di kelas-kelas.  Maksudnya, setiap kelas akan buat open house di kelas masing-masing.  Memang meriah betul la sebab sekolah kami ni setiap tingkatan ada 10 kelas. 

Bayangkan 10 kelas dengan jumlah murid 1 kelas purata 35 orang.  Ramai tak ramai tu.  Ditambah lagi dengan pelajar tingkatan 6 dalam 85 orang.  Total murid 1867 la gitu tapi murid tidak semua hadir la kemarin sebab ada murid yang tak mau bayar kutipan untuk open house raya dan takkan datang semasa sambutan raya di sekolah.

Memandangkan kemarin 16 Mei 2023 juga adalah Hari Guru maka open house (kelas) dan Hari Guru disambut serentak. 2 in 1 la gitu.  Sekali arung bilang.  Sebenarnya tarikh open house ni dipinda ke hari kemarin.  Asalnya tarikh adalah pada minggu lepas tapi mungkin perbincangan pihak Kelab Keluarga Sekolah saya bersama pengetua maka tarikh 16 Mei telah diambil dan maka dengan itu peperiksaan juga tiada pada hari kemarin.  

Sebenarnya minggu ni minggu Peperiksaan Awal Tahun Sesi 2023.  Budak lepas happy-happy beraya kemarin balik rumah kena ulangkaji pula sebab hari ini kertas peperiksaan Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2.  Apa boleh buat sudah namanya student kan, tanggungjawab memang belajar.  

Berbalik pada cerita kemeriahan Hari Raya Open House Sekolah saya kemarin, guru-guru diberikan kumpulan untuk berkunjung ke kelas-kelas untuk beraya.  Pentadbir bersama guru-guru termasuk saya sendiri.  Team saya beraya ke kelas Tingkatan Empat seramai 14 orang diketuai oleh Cikgu Zai Guru Kanan Bahasa, team Pengetua pula akan berkunjung ke kelas tingkatan 5 dan 6, team PK HEM ke kelas tingkatan 3, team PK Kokum ke kelas tingkatan 2 dan Penyelia Petang ke kelas tingkatan 1.

Namun, memandangkan sekolah kami 2 sesi.  Murid sesi petang yang terdiri daripada Tingkatan 1 dan 2 buat open house kelas di tapak perhimpunan.  Tingkatan 3 - 6 di kelas masing-masing tapi ada juga yang saya nampak kemarin kelas bergabung dan buat open house di pondok sekolah (Gazebo).  Ni tentatif majlis kemarin.



Murid-murid perempuan apa lagi berbaju raya lawa-lawa dengan mekap kalah lagi cikgu o.  Kalah saya yang cuma pakai skincare Youth Shaklee tempek di muka + compact powder dan lipstick tu wajib la kalu tidak orang ingat saya sakit pula. Hahaha.  Sambutan Raya ini memang sudah menjadi satu aktiviti tradisi sekolah.  

Lauk-pauk atau juadah yang dihidangkan ikut perbincangan guru kelas dan murid.  Ada yang diberikan kumpulan oleh guru untuk membawa atau memasak, ada juga yang ditempah dari luar dan tidak kurangnya ada guru-guru yang rajin untuk memasak hidangan raya.  Pilihan ramai adalah kelas 5I sebab makanan dimasak oleh guru yang memang cun memasak.  Kalah saya yang perempuan ni sebab tau masak telur saja.hahaha



Tidak sah open house kelas kalau tiada speaker.  Lagu-lagu raya berkumandang hampir semua kelas dan ada mikrofon pula tu.  Jadi bolehla siapa-siapa untuk menyumbangkan lagu.  Sabah baini. Karoks itu biasa sudah kecuali saya la ya. Hihi sebab suara boleh memanggil hujan lebat.  Murid-murid dan guru-guru boleh ja berkaraoke dalam kelas.  Memang meriahla.  Macam juga open house di rumah ba.

Memandangkan sambutan raya dan Hari Guru serentak maka inilah antara aktiviti yang dijalankan kemarin.

1. Pertandingan Karaoke. 
    Yang ni ikut kumpulan rumah sukan.  Sepatutnya ada 2 buah lagu tapi memandangkan guru-guru perlu bergerak ke kelas/ tapak perhimpunan untuk open house kelas maka disingkatkan kepada sebuah lagu sahaja.  Keputusan belum ada tapi rasanya rumah sukan saya tempat ketiga.  Johan tu mesti rumah sukan kuning sebab penyanyi ba tu di sana.  Apa tidak juara dorang tu.

2. Menganyam Ketupat
    Aktiviti ni pun ikut rumah sukan juga.  Setiap rumah sukan hantar 4 orang wakil untuk anyam ketupat.  Saya jadi penyokong ja team saja tapi lupa pula kami tempat ketiga atau keempat.  Tunggula nanti keputusan diumumkan.



3. Jamuan Raya Mengikut Kelas
    Ini bukan pertandingan.  Ini sesi makan-makan dan bergambar saja ni.

4. Menu Raya Terbaik
    Juadah raya pun kena dipertandingkan tau tapi pemenang belum diketahui tapi kan saya rasa saya sudah tau siapa pemenangnya.  Em, tunggula ba nanti kena umum pemenang manatau ada lagi lebih bagus menu raya kelas lain sebab kemarin saya hanya dapat berkunjung ke dua kelas termasuk kelas sendiri sebab saya pembantu guru kelas.  Kesian pula mau tinggalkan guru kelas walau pun saya ada team bersama pentadbir untuk berkunjung beraya.

5. Perhiasan Kelas Terbaik
    Open house kelas kan jadi mestila kelas pun kena hias. Ala macam raya di rumah jugala hias kelas dengan tema raya dan ada kelas-kelas yang buat photo booth.  Kelas kami tidak terkecuali.  Rajin betul ba guru kelas ni.  Kalau saya tu memang ndakla sebab tiada seni ni menghias-hias segala.



Guru-guru dibenarkan balik pada jam 1 petang dan murid-murid juga mengemas sebelum balik sebab besoknya dorang kena belajar untuk tingkatan 1-3 dan exam untuk tingkatan 4 - 5.

Jumpa lagi raya kelas tahun depan. Sayonara.

Kamurang tauka sebelum saya berkunjung raya ke kelas, perkara pertama yang saya buat ialah makan Lecithin 3 biji.  Ni untuk elak lemak-lemak nanti menempel.  Juadah raya kan berlemak, berminyak jadi kena sediakan perisai dulu.  Lepas makan, saya makan omega guard, b complex dan herblax.





๐Ÿ’“Omega untuk bantu bakar lemak.
๐Ÿ’“B Complex tukar makanan kepada tenaga.
๐Ÿ’“Herblax untuk detoks usus. Walau pun raya kali ni saya tidak melantak makan sebab nanti ada marathon di Kota Kinabalu, kena juga makan herblax untuk cuci usus.

Saya sudah kongsikan meriahnya raya di sekolah tapi yang ni budak-budak besar. Sekolah menengah.  Jom baca kisah Hari Raya Open House di sekolah rendah pula.


------------------------------------------------------
------------------------------------------------------
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#bisnesonline
#shakleesabah
#shakleesandakan

 
Mengapa mesti memilih Shaklee?

✔️ Mendapat Kelulusan KKM

✔️ Tiada Kesan Sampingan

✔️ Terbukti Berkesan

✔️ Terbukti Semulajadi

✔️ Terbukti Selamat

✔️ Harga Mampu Milik

Jangan ragu-ragu kerana produk Shaklee disahkan HALAL.

===========
CARA ORDER:
===========

☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ 
Taip ke 019 8968008
Atau klik ja link di bawah untuk wasap 

Pengedar Aktif Shaklee Sandakan

COD Shaklee Bandar Maju, COD Bandar Indah, COD Shaklee Bandar Kim Fung, COD Shaklee Bandar Prima, COD Shaklee IJM, COD Shaklee Bandar Labuk, Shaklee Sandakan, COD Shaklee Taman Sejati Ujana, Pengedar Shaklee Sabah, Pengedar Shaklee Sarawak, Pengedar Shaklee seluruh Malaysia , Pengedar Shaklee Sandakan, Pengedar Shaklee Beluran, Pengedar Shaklee Telupid, Pengedar Shaklee Ranau, Pengedar Shaklee Tenom, Pengedar Shaklee Lahad Datu, Pengedar Shaklee Tawau, Pengedar Shaklee Kuching.

EMAIL : dettis2016@gmail.com

Kesihatan Itu Kekayaan

Agen Shaklee Anda
*Dettis Muslin* 
dettismuslin.blogspot.com

PENAFIAN :

Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment