KANSER SERVIKS: MAKSUD, PUNCA, TANDA-TANDA DAN TESTIMONI VIVIX

on Saturday 4 February 2017

Salam kepada semua pembaca budiman. Saya doakan anda semua dalam keadaan sihat dan gembira.

Hari ini saya ingin berkongsi kisah tentang kanser serviks. Saya tiba-tiba awal pagi tadi ada idea ini apabila mendapat berita bahawa isteri kepada sahabat saya telah dipanggil untuk menemui PenciptaNya pada pukul 10 malam tadi (03.02.2017). Sempat saya melawat arwah di hospital pada 01.02.2017 di wad paliatif HDOK Sandakan.

Semasa sampai di hadapan pintu wad, saya dan 3 lagi rakan lain tidak dapat terus berjumpa isteri sahabat kami ini. Dari pintu luar, kami lihat langsir kain menutup katilnya dan terdengar erangan diiringi tangisan. Setelah beberapa minit berlalu, sahabat saya kelihatan di luar katil. Melihat kelibat sahabat saya ini, airmata saya jatuh. Sebaknya hati melihat suasana yang memilukan. Pada usia muda 37 tahun beliau diuji. Namun, sebagai manusia kita kena akur kepada ketentuan Tuhan. Apa yang kita perlu buat adalah sentiasa peka kepada kesihatan diri dan keluarga agar dapat dikesan lebih awal.

Setelah keadaan menjadi tenang, kain menutup katil tu dibuka oleh sahabat saya. Tentu dia faham bahawa kami mau menjenguk isterinya. Melihat keadaan isteri sahabat saya, saya dapat membayangkan kesakitan yang dia rasai. Badan yang menyusut, rambut dah tiada (kemoterapi) dan suara yang perlahan ketika bercakap. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Sempat saya dan 3 rakan Politeknik Kota Kinabalu memberikan kata-kata semangat kepada arwah sebelum kami pulang.

Namun pagi tadi semasa bangun tidur dan melihat handphone, dapat khabar menyedihkan apabila isteri sahabat saya telah tiada. Arwah menghidap kanser serviks tahap 4. Dapat diketahui lepas raya tahun 2016. Arwah meninggalkan suami(sahabat saya), 2 orang lelaki dan seorang anak perempuan yang baru sahaja berumur 1 tahun 5 hari pada hari ini. Semoga sahabat saya tabah menghadapi semua ini. Hidup kena diteruskan. Kena kuat untuk 3orang anak. Sahabat saya sempat order vivix dan nutriferon tapi mungkin sudah agak terlambat kerana pada hari tu, arwah asyik muntah apa yang diminum.

Peristiwa ini menginsafkan saya bahawa ajal tidak mengira usia. Sakit juga tidak mengenal siapa. Kaya atau miskin. Berpangkat atau tidak. Maka apa yang kita kena lakukan? Peka dengan perubahan pada diri dan kita kena buat pemeriksaan berkala kerana kanser ni takan rasa sakit pada peringkat awal. Kita hanya dapat tau bila dah rasa sakit. Jadi, pemeriksaan dan supplement juga penting.

Rentetan dari kisah tadi, di sini saya kongsikan kepada anda tentang apa itu kanser, punca, tanda-tanda dan cara mencegah. Semoga bermanfaat kepada anda dan orang tersayang anda.

Apa itu barah pangkal rahim?

Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai kanser serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi berlaku dalam kalangan wanita di Malaysia.

Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin (genital wart)). Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. 

Jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang tersebar melalui hubungan seks memberi risiko yang tinggi pada wanita yang sering bertukar pasangan hubungan seks ataupun wanita yang mempunyai seorang sahaja pasangan hubungan seks akan tetapi pasangannya itu banyak bertukar pasangan berhubungan seks. Lelaki adalah juga pembawa virus Human Papilloma (HPV).

Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.

Apa yang perlu dilakukan oleh wanita untuk memastikan bebas kanser?

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Sebenarnya barah pangkal rahim ini mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim?

Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk. Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks. Pendarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks. Sebarang pendarahan pada faraj selepas putus haid.

Sumber: https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Barah_pangkal_rahim

Bagaimana mencegah kanser?

Sama-sama kita tanamkan kesedaran tentang kanser.

~Amalkan gaya hidup sihat
~Buat pemeriksaan kesihatan agar dapat.  kesan lebih awal
~Amalkan supplement yang tinggi anti oksidan

Apakah supplement yang tinggi antioksidan?
VIVIX
VITAMIN E
VITAMIN A (CAROTOMAX)

***mencegah lebih baik dari mengubati

#sayangidiri
#vivixpenawarkanser

Lihat testimoni vivix untuk kanser serviks yang ada pada gambar di bawah.

Mengapa mesti memilih Shaklee?
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik

===========
CARA ORDER:
===========
☎ Call/ SMS/WhatsApp/
Taip ke 019 8968008
COD Shaklee Bandar Maju, COD Bandar Indah, COD Shaklee Bandar Kim Fung, COD Shaklee Bandar Prima, COD Shaklee IJM, COD Shaklee Bandar Labuk, Shaklee Sandakan, COD Shaklee Taman Sejati Ujana, Shaklee Sabah, Shaklee Malaysia

EMAIL : dettis2016@gmail.com
Kesihatan Itu Kekayaan

http://dettismuslin.blogspot.my

0 comments:

Post a Comment