9 Tips Travel Ke Luar Negara

on Saturday 29 July 2023

Pasti ramai yang mau bercuti di luar negara.  Ada yang suka travel sendiri, ada yang suka travel dengan keluarga malah ramai juga yang suka travel dengan kawan-kawan yang satu kepala.  Kalu travel dengan kawan-kawan yang satu kepala ni senang sikit kita bergerak ke mana-mana sebab semua satu hati.  Kamu pula suka travel yang macamana? Suka sendiri-sendiri, dengan family atau dengan geng? Setakat ini, saya bercuti dengan kawan-kawan sekerja.  Senang sikit rundingan kalau kita sudah rapat.

Sini saya mau kongsikan 9 tips travel ke luar negara dengan agen pelancongan yang mungkin boleh membantu khususnya bagi mereka yang pertama kali guna khidmat agen pelancongan.

1.  Destinasi

Pertama sekali, mestilah kita pilih dulu mana destinasi kita mau travel. Kalau travel dengan kawan-kawan ni senang cerita sebab mesti satu hati tu mau pigi mana.  Kalau beza destinasi, paling pun next trip akan pigi tempat tu juga.  Macam saya dulu travel ke luar negara semua setuju mau pigi India.  Mau tengok Taj Mahal dan pigi Kashmir.



2.  Pilih agen pelancongan

Lepas sudah pilih destinasi mana mau pigi, carilah agen pelancongan yang boleh dipercayai.  Maksudnya agen yang sudah dikenal.  Lagi bagus tanyalah juga kawan-kawan lain apa review dorang tentang tu agen.  Kita risau nanti agen tu pula service teruk atau lagi sadis kalu agen penipu.  Nanti ada ni yang menangis tidak berlagu di KLIA sebab tiket pun tiada.

Tanya juga agen jika negara yang kamu mau pigi tu perlu visa atau tidak sebab ada negara yang perlukan visa macam Amerika, India dan Australia.  Agen mesti tahu dan akan maklumkan kepada kita untuk memohon visa.  Macam kami dulu ke India, kami mohon e-visa sendiri.  Mudah sahaja kami buat masa tu sebab ada arahan diberikan, ikut ja.

Pastikan juga kamu dapatkan jadual perjalanan (itinerary) supaya kamu dapat gambaran perjalanan di sana nanti juga bantu kamu untuk membuat research tempat-tempat yang akan dilawati.  Itinerary itu pentinglah bagi saya.

3.  Pasport


Sudah pilih agen pelancongan, semak juga kamu punya pasport.  Pastikan tarikh luput sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh berlepas.  Diulangi sekali lagi, 6 bulan sebelum tarikh berlepas bukannya 6 bulan dari tarikh beli tiket penerbangan ya.

4.  Semak sekatan perjalanan

Bagi kamu yang ada bisnes atau peminjam PTPTN jangan lupa buat semakan sekatan perjalanan ke luar negara dengan merujuk pihak Imigresen.  Risau nanti sampai airport, tidak dapat join kawan-kawan travel gara-gara tidak bayar cukai atau ada tunggakan bayaran pinjaman PTPTN.

5.  Beli insurans

Kalau kamu tidak pernah beli insurans, jangan juga mau berkira untuk beli insurans untuk ke luar negara ya.  Kita ni mau pigi ke luar negara bukan bercuti dalam negeri atau dalam negara.  Insurans penting tu mau beli.  Kami dulu masa ke India pun ada ambil juga insurans untuk perlindungan.


6.  Tukar duit


Mata wang mestilah tidak sama kan jadi tukarlah siap-siap duit Malaysia kepada mata wang negara yang akan kita pigi.  Boleh tukar di mana-mana money changer.  Budgetlah berapa duit yang akan kamu bawa sebagai duit poket sepanjang percutian di luar negara.  Lepas tengok itinerary, mesti kita akan tau mana-mana tempat yang perlu bayar tiket dan sebagainya.  

7.  Aktifkan kad debit / kad kredit


Walau pun sudah budget bawa duit berapa ke luar negara tapi tips travel saya ke luar negara adalah kena juga aktifkan kad debit atau kad kredit.  Manalah tahu masa itu kita betul-betul perlukan lebih wang kan susah jadinya.  Macam saya travel dengan kawan-kawan ke India dulu, ada juga sekali ke mesin ATM untuk keluarkan duit.  Terpulang dengan kamu jugalah mau ikut atau tidak.  Saya bagi tips travel saja ni.

8.  Bawa ubat-ubatan / suplemen



Bagi kamu yang rutin harian kena makan ubat hospital/klinik pastikan sebelum berangkat semak adakah semua ubat sudah dibawa.  Nanti mau ke luar negara untuk healing healing jadinya keributan sama kawan-kawan sebab kita jatuh sakit.  Nah ingat kamu tu ya.  


Bagi saya sebagai pengamal Shaklee, sudah satu kemestian untuk vitamin Shaklee dibawa sekali semasa travel ke mana-mana.  Paling penting saya kena bawa Vitalea sekarang ni tukar nama kepada vitalize.  Selain itu saya juga bawa Vitamin C, Nutriferon, Omega Guard, B Complex, Ostenutrix dan ResV.  Kena bawa vitamin untuk bagi tenaga dan untuk tingkatkan imun badan.

Kamu mungkin berminat dengan Shaklee best seller ni.

9.  Kamera atau telefon cantik + jurufoto


Yang last ni mau juga saya bagitau kamu walaupun umumnya maklum bahawa kamera cantik itu sudah satu kemestian kalau mau pigi travel luar negara tapi ada satu yang mungkin kamu tidak tau.  Perlu ada kawan yang pandai memfoto-foto ya.  

Yala sudah pigi jauh-jauh ke luar negara lepas tu tangkap gambar tidak lawa, kamu tidak mau nangis ka?  Yakin sudah kamu posing berjuta gaya sekali gambar hampeh diambil si kawan.  Sekali gambar si kawan kamu ambil lawa pula.  Kamu tidak sakit hati tengok?πŸ˜…πŸ˜‚ Kasi tau tu geng travel kamu kena belajar juga sikit-sikit teknik menggambar.  

Ini sajala 9 tips travel ke luar negara yang mungkin kamu belum tahu tapi perlu kamu tahu.  Tips terakhir tu sangat penting tau.  Nanti ada yang kemurungan bila balik Malaysia. πŸ˜…πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚Kenangan kita baitu.  Entah bila lagi akan pigi sana kecuali kamu ni memang orang yang ada-ada.  Kalau saya, mungkin satu kali sajala dapat pigi kecualilah ada orang yang sponsor.



------------------------------------------------------
Mau dapatkan vitamin up imun untuk travel?  Boleh beli dengan saya.  Siapa yang beli vitamin dengan saya, saya akan GUIDE cara makan vitamin yang betul secara PERCUMA.

#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleesabah
#shakleesandakan

Mengapa mesti memilih Shaklee?

✔️ Mendapat Kelulusan KKM

✔️ Tiada Kesan Sampingan

✔️ Terbukti Berkesan

✔️ Terbukti Semulajadi

✔️ Terbukti Selamat

✔️ Harga Mampu Milik

Jangan ragu-ragu kerana produk Shaklee disahkan HALAL.


===========
CARA ORDER:
===========

☎️ Call/ SMS/WhatsApp/ 
Taip ke 019 8968008
Atau klik ja link di bawah untuk wasap 

Pengedar Aktif Shaklee Sandakan

COD Shaklee Bandar Maju, COD Bandar Indah, COD Shaklee Bandar Kim Fung, COD Shaklee Bandar Prima, COD Shaklee IJM, COD Shaklee Bandar Labuk, Shaklee Sandakan, COD Shaklee Taman Sejati Ujana, Pengedar Shaklee Sabah, Pengedar Shaklee Sarawak, Pengedar Shaklee seluruh Malaysia , Pengedar Shaklee Sandakan, Pengedar Shaklee Beluran, Pengedar Shaklee Telupid, Pengedar Shaklee Ranau, Pengedar Shaklee Tenom, Pengedar Shaklee Lahad Datu, Pengedar Shaklee Tawau, Pengedar Shaklee Kuching.

EMAIL : dettis2016@gmail.com

Kesihatan Itu Kekayaan

Agen Shaklee Anda
πŸ‘‰ Dettis Muslin 😊
dettismuslin.blogspot.com

PENAFIAN :

Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
------------------------------------------------------
------------------------------------------------------

  ------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment