KESAN BURUK MERKURI. SHAKLEE ADA JAWAPANNYA

on Sunday 17 April 2016

Selain raksa, ada beberapa bahan lain yang berbahaya ataupun beracun biasa digunakan dalam produk kosmetik untuk tujuan memutihkan kulit seperti hidrokuinon dan tretinon.

Bahan-bahan pemutih beracun ini biasanya dicampurkan dalam produk kosmetik krim pemutih terutamanya krim malam (Night Cream). Raksa dalam krim pemutih yang digunakan berulang kali boleh terkumpul di kulit dan kemudiannya menyerap ke dalam badan lalu masuk ke salur darah. Raksa berbahaya kerana raksa mudah diserap oleh badan tetapi sukar untuk disingkirkan atau dikeluarkan.

KESAN BURUK MERKURI

Apabila raksa ini digunakan dalam krim pemutih, kesan sampingan awal yang boleh terjadi termasuk gatal-gatal, ruam pada kulit, hilang warna kulit (skin discoloration) dan juga parut. Terdedah kepada raksa untuk jangka yang lama membawa kesan yang lebih buruk kepada kesihatan.

WHO memberi amaran penggunaan raksa untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan gangguan sistem saraf. Raksa yang tinggi dalam badan juga menyebabkan gangguan emosi, tekanan, psikosis dan mengganggu perkembangan otak janin dan juga otak kanak.

Sms/whatsapp : 019 8968008
Rakan kesihatan anda

http://dettismuslin.blogspot.my

0 comments:

Post a Comment